mimpi dan kisah hujan renyai-renyai

malam tadi aku mimpikan dia. mimpi itu buat aku sedih kerana kami membincangkan tentang perselisihan faham yang berlaku antara kami sebelum menamatkan pengajian. dia seolah-olah telah jauh hati terhadapku kerana tindakan terburu-buru yang kulakukan.

bila terbangun, aku cuba mengingat semula kisah yang berlaku. bulan-bulan terakhir di institut, aku cuba menjauhkan diri darinya. kenapa? kerana aku sangat takut dia akan mengetahui perasaanku terhadapnya. aku juga tidak mahu diketawakan oleh kawan-kawan. bukannya aku memperkecilkan dia. tidak. hanya aku tidak mahu orang berfikir aku tidak pandai memilih pasangan hidup. jadi, sehingga sekarang aku memendamkan perasaanku walaupun ternyata aku menyukainya.

aku perasan, ketika itu dia semakin cuba mendekatkan diri padaku. dia sentiasa mencari alasan untuk dekat denganku. aku pula, dalam pada ingin mengelak darinya, tidak dapat menafikan kehendak hatiku untuk mendampinginya.

akhirnya, kedinginanku itu disalah anggap sebagai cemburu pada hubungannya dengan seorang lagi rakan karib kami, U. katanya aku membuatkan dia rasa kekok untuk bergaul dengan wanita itu sedangkan dia tidak dapat membuat pilihan antara kami berdua. aku menafikan. hatiku rasa sangat sedih kerana dianggap seperti itu. di hadapan mereka berdua, aku akhirnya bersumpah bahawa hubungan aku dengan P hanya setakat kawan dan kami akan kekal berkawan sampai bila-bila. biarpun bibirku tersenyum, hatiku hancur ketika melafazkan sumpah itu. kurasa, kami semakin jauh.

masalah melanda hubungan kami lagi. ada fitnah melanda yang membuatkan aku semakin menjauh. dan lebih teruk lagi, kami bergaduh tentang U sehingga memutuskan hubungan persahabatan kami. sejak itu aku tidak mahu lagi bertegur sapa dengannya. aku marah kerana dia lebih mempercayai U berbanding aku. sejak itu aku sedar, dia lebih sayangkan U. aku mengambil keputusan untuk mengundur diri dari kehidupannya. aku tidak mahu lagi jadi orang yang penting dalam hidupnya. aku sangat sedih…

malam terakhir sebelum tamat pengajian, kami bertemu di hadapan pejabat pentadbiran. aku ceritakan kepadanya semua yang terjadi dan sebab-sebab aku menjauhi dirinya. yang pasti, aku masih tidak dapat meluahkan perasaanku terhadapnya walaupun hatiku memberontak untuk melepaskan segala perasaanku sebelum kami berpisah.

suasana pada malam itu kurasa sangat romantis. hujan renyai-renyai dan kata-katanya, “kalau kau lihat hujan yang turun renyai-renyai seperti sekarang ini, kau ingatlah pada malam pertemuan kita yang terakhir sebelum tamat pengajian.” hatiku menangis. terus terang, saat perpisahanlah saat yang paling kutakuti. aku tahu aku akan sangat merinduinya. kerana sejak setahun ini kami tidak pernah berpisah lama. kami juga kerap bersama dan banyak perkara yang telah kami lalui walaupun kami bukan pasangan kekasih. saat yang kutakuti akhirnya tiba dan kami berpisah pada malam hujan turun renyai-renyai.

menunggumu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s