general’s daughter

just feeling unwell… lepas tuisyen malam tadi, aku hanya tengok tv. tak larat nak online lagi. kawan ajak chat pun aku tak nak. i’d rather watch tv. rasa letih sangat walaupun dah tido petang tadi. nasib baik budak-budak dengar kata dan minat nak belajar. kalau tak, pening jugak aku dibuatnya.

malam tadi, aku tengok cerita ‘the general’s daughter’. it’s one of my favourite movie genre. investigation. kalau cerita-cerita pasal penyiasatan ni memang aku minat giler. tak kiralah, melayu ke, inggeris ke…tamil p200px-generaldposterun aku layan. macam cerita ‘manjari’ minggu lepas.

ok, berbalik kepada cerita ‘the general’s daughter’ yang aku tengok malam tadi. aku rasa kesian sangat kat perempuan yang mati tu. dia mati dengan cara yang sangat memalukan! bogel di tengah-tengah lapangan yang luas. lepas tu, tempat tu pulak kem askar yang majoriti penghuninya adalah lelaki.

pada asalnya, dia hanya nak tunjukkan kepada bapanya apa yang dia rasa 7 tahun yang lepas. dia nak tunjukkan yang apa yang terjadi pada 7 tahun yang lalu benar-benar telah berlaku padanya walaupun bapanya mahu dia lupakan kenangan pahit tu. peristiwa tu memang tragis sehingga membuatkan dia terseksa. dirogol beramai-ramai semalaman dengan kaki dan tangan diikat pada pancang khemah. perempuan tu mengalami trauma. tapi, ayahnya nasihatkan dia supaya anggap perkara tu tak pernah berlaku. ayahnya tak nak patah balik walaupun dia merayu-rayu. ayahnya terus tinggalkan dia.

lepas tu, ada manusia yang bernafsu syaitan datang. niatnya nak rogol perempuan yang tengah naked tu. tapi, lelaki tu tak buat macam tu sebab rasa marah yang teramat sangat bila perempuan tu menghina dia dan mengancam akan memberitahu semua orang tentang lelaki tu. lelaki tu terus membunuh perempuan tu.

kesian perempuan tu kan? memang malang tak berbau. asalnya nak menuntut keadilan, tapi akhirnya mati dalam keadaan memalukan. dahlah sepanjang hidupnya lepas kena rogol tu terseksa sangat, bila mati pun terseksa juga. nauzubillahiminzalik… sama-samalah kita ambil iktibar daripada cerita ni. janganlah buat perkara-perkara yang memalukan diri sendiri. terimalah kebenaran walaupun pahit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s