aku pulang…

majlis konvokesyen semalam tetap meriah walaupun ramai yang tidak hadir. dalam bergembira tu, terselit sedikit rasa terkilan di hatiku dengan ketidakhadiran rakan-rakan sepengajian. ada yang memberikan alasan malas dan ada juga yang memberikan alasan lebih baik menguruskan hal perkahwinan.

pelbagai cerita dikumpul dari rakan-rakan yang hadir. ada yang sudah berkahwin, ada juga yang sudah mengandung. bahagia sungguh mereka… sudah ada pendamping. aku pula masih sendiri. tiada siapapun yang menghadiahiku bunga yang cantik walaupun aku telah berjaya lulus dengan cemerlang. aku benar-benar rasa cemburu…😦

petang selepas menyelesaikan semua urusan, aku dan ibu terus berangkat ke terminal bas. tiada apa lagi yang kutunggu di bandar penuh nostalgia ini. kami menempah tiket jam 5 petang ke Kuching.

keletihan masih terasa walaupun dah beberapa jam aku menjejakkan kaki ke rumah. semalaman di dalam bas BUS ASIA membuatkan badanku terasa sengal. belum lagi trauma bermimpi ngeri… itulah first time aku mimpi hantu on the way nak balik ke kuching dengan bas. dalam mimpi tu ada ‘sesuatu’ berbisik di telingaku dan bercerita tentang orang-orang yang ada di dalam bas. aku jadi takut so, aku pun meronta-ronta tidak mahu mendengar bisikan itu. aku cuba memanggil-manggil ibu yang sedang tidur namun suaraku tidak keluar. akhirnya aku berjaya mencapai tangan ibu dan membuatkan ibu terbangun. ibu menyuruhku membaca surah-surah yang berkenaan untuk menenangkan hati. aku pun mendekatkan tubuhku kepada ibu untuk menghilangkan rasa takut.

apabila sampai di Kuching, aku menghantar mesej kepada DIA tentang kedatanganku. sehingga petang, langsung tiada balasan darinya. aku rasa terkilan. aku tahu dia sedang menganjurkan kem kepimpinan. tapi, takkan tak ada masa sedikit pun untukku? aku cuba untuk memahami situasinya.

semakin hari kurasakan kami semakin jauh. semakin sedikit masa diluangkan bersama walaupun sekadar untuk bermesej. setiap hari, dia mengeluh kepenatan. dan aku pula, tidak mahu lagi menambahkan beban kerja di bahunya. aku faham dia keletihan. tapi…tidak banyak, pasti ada sedikit rasa kesal di hatiku. entahlah…aku takut dia berubah hati sedangkan aku kini hanya menggantungkan harapanku terhadapnya. aku sudah mula mencintainya.

aku sedar, sehingga kini kami bukan pasangan kekasih. kami hanya ‘calon suami isteri’. kami tiada sebarang komitmen antara satu sama lain tetapi sudah mula merancang belanja untuk perkahwinan. ah, aku keliru setiap kali memikirkan definisi hubungan ini. sampai bila aku harus terperangkap dalam hubungan yang meresahkan ini?

andainya Ya Allah, kami ini tiada jodoh…berilah petunjuk kepadaku. tapi, andainya kami ini memang Kau takdirkan untuk bersama, satukanlah hati kami seperti hati Adam dan Hawa yang sanggup meredah padang pasir untuk mendapatkan cintanya. Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s