hari yang sibuk

awal pagi lagi aku berjumpa dengan PK 1 untuk membincangkan masalah disiplin pelajar yang semakin teruk..

hampir setengah jam berbincang Guru Besar masuk ke dalam pejabat untuk bergabung. Tuan Haji bertanya tentang kemeriahan konvokesyen yang kuhadiri. namun, aku agak terkejut apabila dia tiba-tiba mengalihkan perbincangan dengan satu soalan, “ada ke kedua-dua keluarga bertemu untuk berbincang?” mataku terbeliak seketika. lama sedikit aku mengambil masa untuk memproses soalan itu. baru aku teringat saranannya untuk membincangkan hal perkahwinan dengan F. aku ketawa…kalaulah dia tahu perasaanku sekarang…kalaulah dia tahu betapa aku semakin kurang pasti tentang hala tuju hubungan aku dengan F sekarang, pasti beliau akan berceramah panjang. tapi, aku tidak akan mengungkapkan kebenaran itu sekarang. aku hanya menjawab, “belum lagi cikgu…kami masih nak kumpul duit.” dia tersenyum lalu menyokong keputusanku. fuh, lega apabila dia tidak lagi bertanya lanjut. terus-terang, aku rasa agak keberatan untuk membincangkan tentang jodohku sekarang. aku rasa seperti ingin ‘give up’ kan semua harapanku. tapi…hanya Tuhanlah yang tahu apa yang bakal berlaku. aku tidak akan mengambil sebarang tindakan selain berdoa agar aku ditemukan dengan jodoh yang sesuai denganku.

selepas rehat, ada lagi meeting untuk sambutan hari guru. aku rasa teruja kerana tahun ini merupakan tahun pertama aku akan menyambut hari guru sebagai seorang guru! aku juga gembira kerana aku turut dilibatkan dalam perancangan sambutan itu nanti.

tamat mesyuarat itu, aku diminta menjaga kelas 2B. aduh…inilah kelas yang aku paling tak suka masuk. muridnya nakal-nakal dan degil. tapi, demi amanah yang diberikan cikgu W, aku ikhlaskan hati. aku akan kawal kelas ini dengan baik supaya mereka tidak bergaduh dan bising hingga mengganggu kelas yang lain. memang, menjaga kelas ini adalah 1 cabaran. tadi, aku terlalu geram pada seorang murid hingga mencubit pipinya…lepas tu aku rasa bersalah pulak. nasib baik dia tak menangis. kemudian aku dipanggil untuk berjumpa dengan PK 1 untuk membincangkan persediaan mesyuarat Kem Motivasi petang nanti.

mesyuarat berjalan dengan lancar walaupun tak semua guru yang terlibat hadir. masing-masing ada kesulitan sendiri dan aku sedia maklum tentang masalah itu. selepas mesyuarat, aku teruskan semula kerjaku membuat laporan aktiviti bulanan dan kemudian menaip minit mesyuarat…kerja biasa…

jam 3…bersedia untuk pulang. hari seperti hujan dan mujur aku sempat pulang sebelum titisan air hujan membasahi bumi…cheh, ayat jiwang🙂

solat dan berehat sambil menonton telenovela Lalola…sangat seronok. cerita tu memang lucu…walaupun tak logik! then, aku mula prepare untuk tuisyen malam ni…

dan sekarang tengah tunggu bebudak ni…mana diorang. nak datang ke tak????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s