maafkan sekali lagi

hujan...

bukannya jemu tapi ku kepenatan. kau pun rasa seakan aku abaikan. tak menyangkakan terjadi gelora. melepaskan duniaku jadi puncanya… maafkanlah sekali lagi bukan ingin kusakiti. kau menangis sedih. maafkanlah sekali lagi, ku mohon sekali ini… teruslah bertakhta di hati ini….

huhuhu…sedihnya jadi orang yang terabai ni. aku rasa macam dah tak penting di sisi dia. mana taknya, hari ni langsung tak mesej. aku terasa la… takkan la bz sangat sampai takde masa untuk aku?

ke…dia dah ada orang lain dan tak nak lagi nak teruskan hubungan ni? astaghfirullahal ‘azim…mohon dijauhkan Ya ALLAH! aku tak mahu hubungan ni terputus. aku tak nak merasa frustrated lagi disebabkan putus cinta. tapi, macam mana kalau hal ni betul-betul berlaku? macam mana kalau dia memang dah jumpa perempuan yang sesuai dengan jiwanya?

huhuhu….aku tak dapat nak bayangkan betapa hancurnya hatiku nanti. tapi, siapalah yang mampu melawan takdir Tuhan? kalau dia bukan tercipta untukku, walau apa pun yang aku lakukan untuknya…memang selamanya dia takkan jadi milikku. tapi, kalau memang dia memang tercipta untukku…berpisah berapa lama pun, berhalangan walaupun apa pun, pasti kami akan disatukan jua akhirnya.

Leave a comment