buka lembaran baru

aku rasa aku perlu buka lembaran baru dalam hidupku. dah terlalu lama rasanya aku membiarkan diri aku dalam kesedihan dan tekanan. aku nak hidup dengan lebih gembira. lebih gembira dari sebelum ni. aku akan cuba selesaikan masalahku dalam masa terdekat ni supaya cuti nanti, aku dapat tumpukan perhatian untuk bergembira.

malam tadi, aku chatting dengan abang angkatku, Addy. berkali-kali dia ulang perkataan ‘wake up’. dia minta aku lupakan F. tapi aku rasa aku masih tak mampu untuk melakukannya. dia lelaki terbaik yang pernah aku jumpa. mungkin ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan dia tidak mahu menghubungiku lagi. dan terus-terang, aku risaukan keadaan F sekarang. aku cuma berharap dia baik-baik sahaja dan tidak ada perkara buruk menimpanya. walaupun air mata ni selalu gugur setiap kali mengingatinya, aku tidak akan mengganggunya lagi. mungkin dia perlukan ketenangan dan akan menghubungiku lagi apabila dia telah bersedia untuk melakukannya.

kerja…tak lama lagi cuti. aku akan siapkan mana yang patut. takkan biar kesedihan ni terus menguasai diriku. kesian kat budak-budak. dah 2 minggu ni aku tak dapat nak tumpukan perhatian kat diorang. aku rasa, mesti diorang rasa sedih dengan layananku yang dingin. i’ll change my attitude.

duit…mungkin tak lama lagi masalah ni akan selesai. i’ll make a new move. mungkin hal ni akan buat aku sibuk sikit untuk beberapa minggu, but i think it’s worth for my future.

semua yang telah berlaku padaku…akan jadi sejarah. perpisahan ini membuatku rasa lebih kuat untuk menempuhi kehidupan. the past is past, and the future is not yet come.

tabahlah hati…

One thought on “buka lembaran baru

  1. MuT!aRa PuT|H says:

    Thanks tia, sudi lawat blog saya dan saya pun dah baca entry2 tia. It’s quite similar tapi tia ada harapan lagi. Cerita saya sudah berpenghujung. Tapi jangan sembunyi2, kalau nak berundur pun biar tahu hitam putih dan jangan buat andaian sendiri. Good luck.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s