cuti

472493645l

dah mula cuti beberapa hari lepas. tapi, kali ni aku balik lewat sikit ke kampung. aku settle kan semua kerja2 sekolah dan kemas2 rumah sewa sebelum balik. hari ahad baru la aku balik ke kampung. belum sampai sejam di rumah, El call ajak keluar. kali ni aku menerima ajakannya. kesian juga bila kenangkan ajakannya yang sering kutolak.

tepat jam 2.30, dia menjemputku di rumah. lepas minta permission dari ayah, kami pun keluar. destinasi pertama-wisma saberkas. lepas tu kami menuju ke TJ untuk makan tengahari merangkap makan petang…

kemudian pegi ke POPULAR dan jalan2 ke batu 7. jauh sungguh berjalan. sempat juga tengok kilang tayar yang terbakar kat jalan muara tuang tu. El pun siap rakam lagi kejadian kebakaran tu.

lepas tu, kami menuju ke rumah sewaku untuk mengambil sekotak besar hadiah yang kuterima semasa sambutan hari guru yang lalu. seronok betul tengok dia terkejut melihat kebesaran kotak yang kugunakan untuk mengumpulkan hadiah-hadiah tu. mengah jugak dia nak mengangkat kotak yang besar giler tu…hahaha…

hampir pukul 7 baru sampai di rumah. dia minta diri untuk pulang kerana takut terlepas solat Maghrib.

4hb ni aku akan bertolak ke kuala lumpur dengan partner-partner ku. huh…gementar juga lepas tengok video pasal kursus team building tu. harap-harap ia tak le seteruk yang ditunjukkan tu. dan semoga aku selamat sepanjang kursus tu berlangsung.

there’s one more news..tak tahu sama ada news ni baik atau tak baik. ada orang nak hantar pinangan ke rumah. aku rasa risau sangat. sebab aku tak kenal sangat orang tu. malam tadi tiba-tiba dia call dan cakap nak hantar pinangan. aku terus cakap jangan. tak boleh la… buat masa ni aku tak nak fikir langsung tentang cinta. hatiku masih sakit disebabkan oleh F. semalam dia mesej tanya untuk apa aku ke KL. aku reply la. then, dia tak balas-balas lagi mesej aku sampai sekarang. sakit hati…dia macam ‘chipsmore’ dah sekarang ni. sekejap muncul…sekejap hilang. dia ingat tu dia siapa nak muncul dalam hidup orang sesuka hati dia? dia memang jahat. suka buat aku tertunggu-tunggu macam orang bodoh. huhu… malang nasib aku ni.

apa-apa pun, aku akan teruskan hidup ni. banyak lagi perkara indah yang boleh aku cipta kalau aku berfikiran positif. dia bukan segala-galanya. aku masih ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa di sisi untuk menemani aku. dan yang paling penting sekali…aku masih ada cinta dari Allah Yang Maha Pengasih. doakan aku menjadi muslimah yang sejati…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s