15 Jun 2009 (Isnin)

agak lama juga tak update blog ni. cuti sekolah, blog pun cuti jugak…hehe…

4 sampai 8haribulan… aku seronok sangat. walaupun bukan jalan-jalan tapi berkursus, macam-macam pengalaman manis yang aku perolehi. aku buat perkara-perkara yang aku tak pernah buat, aku buat masa kursus tu. dan satu perkara yang aku takkan lupa seumur hidup ~ rakit terbalik. aku satu-satunya perempuan yang naik rakit terakhir tu. masa dah nak bertolak, entah macam mana rakit tu boleh terbalik. yang aku tau, aku dah tenggelam dalam air dan aku pegang life jacket aku kuat-kuat. aku cuba tenangkan diri dengan menutup mata. akhirnya, aku timbul semula ke permukaan tasik. cepat-cepat aku berpaut pada rakit yang terapung tidak jauh dariku.

malangnya, aku pulak la orang terakhir yang diselamatkan. isk, tak patut betul. tapi, tak pe la…ada orang yang kurang bernasib baik yang tengah tercungap-cungap minta pertolongan…hihi…aku sempat ketawa tengok N yang tengah panik kat sebelah kayak Pegawai Penyelamat tu. selepas semua budak2 lelaki diselamatkan, rakit tempat aku berpaut ditarik ke tepi. dua orang fasilitator segera menarikku naik…huhu…aku dah menggigil kesejukan kerana dah terlalu lama berendam. akhirnya, saat-saat enjoy the moment tu pun berlalu…haha. lucu betul la…belum lagi ingatkan kes tiup belon sampai pecah. naik merah juga hidung aku terkena letupan belon tu.

masa 3 hari berkursus memang berlalu dengan cepat. sedar tak sedar, masuklah ke acara penutupan dan baru la terasa badan yang sakit-sakit kerana pelbagai aktiviti yang dah dijalankan selama beberapa hari tu.

balik dari KL…kawan-kawan satu sekolah rendah datang ke rumah. ‘menjemput’ku untuk bermain badminton. aku dengan selamba memberitahu ayah dan ibu aku nak keluar bermain dengan kawan-kawan. ibu dan ayah geleng kepala tapi, mengizinkan aku keluar. hari tu, seharian aku di luar rumah.

semalam…aku menghadiri kursus anjuran syarikat untuk kali yang pertama. memang sangat seronok walaupun terpaksa mendengar talk dari 4 penceramah. alhamdulillah, ilmu yang aku dapat hari ni sangat banyak dan bermanfaat. semangatku untuk menggapai impian pun makin tinggi. impianku pasti akan terwujud suatu hari nanti selagi aku tak berputus asa dan terus berusaha semaksimal mungkin.

hari ini…hari pertama ke sekolah. terlewat bangun! sudah tu…lupa pula kat mana aku letak kunci office. yang satu lagi spare ada kat dalam office. hm, mujur juga loceng belum dibunyikan ketika aku melangkah ke perkarangan sekolah. akhirnya aku terpaksa minta kunci pendua dari pejabat. malu sungguh. apapun, hari ini aku seorang insan yang positif…aku berjaya untuk tidak marah pada hari ini.🙂 budak-budak pun semuanya baik hari ni.

tentang dia? malas la nak cerita. baik abaikan je. kalau asyik fikir, mungkin hari-hari yang kulalui ni akan jadi kelam, menyedihkan atau makin mengelirukan. biarlah dia dengan dunianya dan aku dengan duniaku. aku ada misi yang lebih penting untuk dilaksanakan sekarang. misi [3C=1iphone]. chaiyo2!

new_iphone

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s