terung bakar

huhu..sedapnya terung bakar makan ngan sambal belacan. aku mula minat makan terung lepas termakan terung masak kicap yang dihidangkan masa kem BTN tahun lepas. hmm…memang sedap sampai aku lupa yang dulu…aku memang langsung tak reti makan terung.

sekarang ni…asalkan tengok je terung kat pasar, aku memang akan beli. mana la tau tiba-tiba rasa nak makan kan…Sampaikan time dating, aku tak tahan nak beli terung. tapi, sebab satu hal tu, aku tertinggal terung tu kat dalam kereta. haha.. bila dia perasan terung tu ada lagi kat kereta, dia gelakkan aku. isk3…ada aje la benda yang aku lupa setiap kali jumpa. nasib baik tak lupa diri.

bila cakap tentang dia, rindu pulak rasanya. dia lelaki yang tak malu nak luahkan apa yang dia rasa. itu la sikap dia yang aku suka sangat. dia buat aku rasa dihargai. kadang-kadang aku rasa macam dah terlalu lama kami berkapel sedangkan, sebenarnya…kami baru je kapel dua minggu.

aku terima dia… beberapa hari lepas putuskan hubungan dengan F. tapi, dia bukanlah punca perpisahan aku dengan F. rasa cintaku padanya baru saja berputik. aku pun tak sangka hatiku akan terbuka untuknya.

yang kuharapkan sekarang, hubungan ini akan kekal. tidak terkandas lagi seperti hubungan-hubungan yang lepas. Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s