cara orang pendiam meluahkan STRESS!

hm…air yang tenang jangan disangka tiada buaya. orang pendiam pun punya emosi. aku juga tergolong dalam kalangan orang yang pendiam. jadi, sebagai orang pendiam, ada beberapa cara meluahkan stress yang aku ingin kongsikan. mana la tau, boleh membantu sesiapa je yang sedang stress sekarang.

1) LUAHKAN KEPADA ORANG YANG RAPAT

ada sesetengah orang, tidak sepanjang masa pendiam. apabila bersama dengan orang yang rapat dengan anda, ambillah peluang untuk meluahkan habis-habisan stress yang anda rasa. minta pada orang yang rapat untuk mendengar sahaja. luahkan sehingga habis dan jangan tertinggal satu pun.

2) TULIS SATU-SATU APA YANG MEMBUAT ANDA STRESS

tulis kat notepad dalam komputer, buku nota atau kat kertas putih A4 apa sahaja perkara yang membuatkan anda stress. tuliskan apa yang anda geram, apa yang anda tidak puas hati dan apa sahaja yang anda marahkan. lepas tu, terpulang la nak simpan atau nak buangkan coretan-coretan anda tu…

3) CAKAP SORANG-SORANG

pastikan tak ada orang di sekeliling anda sekiranya anda ingin bercakap sorang-sorang. waktu yang paling baik ialah pada waktu malam, di dalam bilik tidur atau mana-mana tempat yang anda boleh bersendiri. lepaskan apa yang ada di hati anda.

4) BANGUN TENGAH MALAM, SEMBAHYANG SUNAT

luahkan pada Allah kerana Dia adalah pendengar yang paling setia. selepas berdoa, beri saranan kepada diri sendiri, beri kekuatan kepada diri sendiri. apabila saranan diberi pada waktu sunyi, ia akan lebih cepat ditangkap oleh minda separa sedar.

– katakan pada diri, anda boleh membina kekuatan untuk menghadapi stress

– katakan pada diri, anda berhak bebas daripada stress

– tegaskan pada diri, anda berhak untuk mengecapi bahagia, menikmati ketenangan dalam apa jua yang dilakukan, dalam kerja mahupun dalam masa bersama keluarga. stress macam mana pun, anda berhak untuk menikmati ketenangan.

“Bila fokus fikiran adalah untuk menikmati ketenangan, anda akan bertemu ketenangan. kita menjadi apa yang kita fikirkan.”

5) DOA

 doa adalah senjata orang pendiam

One thought on “cara orang pendiam meluahkan STRESS!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s