bila nak kawen?

“Ntahla…” Itu je yang mampu aku jawab untuk soalan harian tu. Tadi, sebelum perhimpunan Cikgu M sempat lagi mengusik, “Tu bakal pengantin lalu.” Erm… akhir-akhir ni selalu sangat orang tanya soalan bila nak kawen. Asal tengok muka aku aje, tanya soalan tu. Apa je yang aku buat, mesti kena kaitkan dengan kawen juga. Penat juga nak menjawab sebab aku sendiri pun tak tahu bila aku nak kawen. Calon memang dah ada. Eh, jangan-jangan ada orang ternampak aku keluar dengan dia hari tu tak? Rasanya tak jumpa sesiapa pun masa jalan-jalan tu.

Apa pun, aku masih belum nak fikirkan tentang perkahwinan. Masih selesa hidup membujang walaupun sejak akhir-akhir ni keselesaan tu tergugat oleh satu soalan yang cukup memeningkan kepala. Orang lain pun umur 25 juga, malah ada yang lebih…ramai juga yang masih belum kawen.

Petang semalam mak telefon dari KL. Mak cerita pasal diorang membeli belah kain untuk hari raya. Mak cakap, Ida belikan kain untuk ‘mak mentuanya’. Akhir sekali, mak kata, “Itula kau takde laki.” Aik…apsal mak tiba-tiba cakap macam tu pula. Selama ni, dia tak kisah pun aku tak ada boyfriend. Takkan mak tak sabar-sabar nak dapat menantu kot… Erm, baik tak payah tunggu aku. Ida dah ada calon, jadi apa salahnya kalau Ida dulu yang bagi mak menantu? Kalau nak tunggu aku…rasanya lama lagi la.

I still don’t have any courage to go towards a very serious commitment. Itu bukan perkara senang dan bukan hal main-main. Bukan aku tak cinta dia, bukan juga tak kasihkan dia. Tapi I need more time to think about that…

One thought on “bila nak kawen?

  1. MuT!aRaPuT|h says:

    Memang rimas bila orang asyik tanya pasal kahwin. Saya pun tengah rimas tapi hanya mampu senyum saja bila orang tanya “Bila nak kahwin?”. Kita berada dalam situasi yang berlainan. Saya dah ready nak kahwin, dah ada pasangan tapi keadaan kewangan tidak begitu mengizinkan, dan emak pulak tak suka saya kahwin cepat. For me, cepat atau lambat is not a matter, kalau dah ready dan dah ada pasangan, kahwin je la. Kahwin itu juga 1 ibadah, besar pahala dan juga besar tanggungjawabnya. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s