hujung minggu

dua hari aku turun ke changiran untuk belajar memandu. sakit kaki, sakit tengkuk, sakit telinga and sakit hati. hari pertama, aku di pass kepada abang Cikgu Pia. huhu, sakit telinga dengar dia berleter. erm, bukannya aku tak ambik perhatian masa bengkel 6 jam tu. aku terlupa je, pastu tak tahu nak buat apa. sebab tu la aku terkial-kial nak bawak keta. lagipun, itu la 1st time aku bawak keta manual. tak reti nak tekan clutch dan brake. second day, relaks sikit sebab Cikgu Pia sendiri yang ajar. boleh gelak-gelak and buat dia latah lagi. tapi, kaki memang sakit la sebab kena tekan-tekan clutch. tapi, aku rasa aku dah ada kemajuan sikit la. dah berani tekan clutch dan brake. kalau semalam, memang aku takut giler. habis belajar, baju pun habis basah sebab kepanasan. huhu…teruk betul la.

tentang dia…

sabtu lepas belajar memandu, aku minta hantar ngan adik g satok. sebab dia nak jumpa sekejap. sepatutnya hari tu dia kerja malam. tapi, tak dapat nak jumpa lama-lama sebab dia ada kerja di opis. hm, sekejap pun sekejap la. kalau ikutkan hati, aku memang nak balik terus. tapi, dia cakap dia rindu sangat jadi, tak mahu la hampakan hati dia. tak sampai sejam, kami pun berpisah…

bila balik rumah, aku beranikan diri beritahu bapa tentang hubunganku dengan dia. panjang berjela-jela nasihat bapa. bapa cakap, kalau nak berkawan, kawan betul-betul. jangan kawan dua tiga orang…sampai bapa tanya, yang mana satu kawan yang betul. aik… dia tu la satu-satu nya kawan lelaki aku sekarang. kawan yang betul-betul, yang serius. bapa nasihatkan aku jangan sembarangan pilih kawan. orang sekarang ni, ramai yang merosakkan. pastu bapa cakap, kalau serius, bincangkan dengan bapa. hantar rombongan…kumpul duit lepas tu kawin. petang tu aku call dia and cakap apa yang aku bincangkan dengan bapa. dia macam seronok je dengar. malam tu, dia tanya aku benar2 sayang tak dengan dia. aku mengaku la. aku serius. takkan la nak main-main. dia pula, berterus terang tentang sikapnya yang selalu cakap nak cium, dan nak peluk aku…dia hanya nak menduga sikap aku. sanggup ke tak nak serahkan harga diri sebelum kahwin. dan katanya, aku bukan perempuan seperti itu. dia juga bukan lelaki yang suka mengambil kesempatan. malam tu aku lega sangat…sebab selama ni aku takut dia akan buat betul-betul apa yang dia cakap tu. aku bimbang, dia tergolong dalam kalangan lelaki perosak yang dikatakan oleh bapa. kalau dia buat juga, aku memang dah sedia nak lepaskan dia. sebab apa…sebab aku tak mahu bersama dengan lelaki yang tidak menghormati wanita.

semalam…kami langsung tak berhubung. dia pun tak telefon atau mesej aku. aku rindukan dia. aku pun mula takut kalau-kalau dia pun macam F. aku takut, sejarah itu akan berulang lagi. aku takut kekasihku yang baru ni buat hal juga macam F….huhu….macam2 la fikiran negatif singgah kat kepala otak aku ni sebab dah ‘trauma’ ngan peristiwa dengan F tu. berilah aku kekuatan ya Allah…jauhkan aku dari prasangka yang tidak berasas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s