today’s story

letih juga berulang alik dari kampung ke sekolah. kena naik motorsikal lagi. harap-harap kereta keluar dari bengkel hari ini. kalau ada kereta, mudah sikit nak ke mana-mana sebab sekarang ni aku sibuk menguruskan tentang cenderahati untuk Bengkel Galus UPSR. walaupun bukan salah seorang dari Guru Besar atau Penolong Kanan, aku turut dilibatkan. kata Cikgu K, untuk menimba pengalaman.

sebenarnya, seronok juga menjadi salah seorang individu yang terlibat dengan program macam ni. walaupun banyak kerja, aku juga belajar banyak perkara. dan yang paling penting, kerja yang banyak mengurangkan kerungsinganku memikirkan hal-hal lain (lebih spesifik lagi – hubungan cinta).

minggu lepas, Guru Besar kata dia sendiri yang akan uruskan tentang pembelian cenderahati untuk penceramah. dia nak survey sendiri harga pasu yang akan dijadikan sebagai hadiah. tapi semalam, dia tiba-tiba berubah fikiran dan menyuruhku membeli pasu. jadi, lepas waktu sekolah aku dan adikku ke Wisma Satok untuk membeli 5 buah pasu yang comel. mujur ada potongan harga. kalau tak, berpeluh juga nak membayar jumlah harganya.

hari ini pula, awal-awal pagi dah menjenguk ke bilik Cikgu K. ingatkan nak minta bantuan Cikgu K balut pasu-pasu yang dibeli tu sebab terus-terang cakap, aku memang tak reti nak balut-balut hadiah ni. tak kemas. tapi, lastly, terpaksa buat sendiri sebab Cikgu K sibuk. dan akhirnya, semua pasu tu siap berbalut…huhu, cantik juga hasil kerjaku. tak sangka aku ni ada bakat terendam dalam hal-hal balut membalut.

tengahari, aku hantarkan pasu-pasu tu ke bilik Cikgu K semula. rupa-rupanya dia juga sedang mencariku. baru je menjengukkan muka, dia cakap, “Ada masalah, T. kita kena gunakan printer lain untuk print sijil-sijil ni.” dia menunjukkan kepadaku sijil-sijil yang telah siap dicetak. aduh, tak cantik! jadi, sekarang aku yang kena buat sijil tu. dia cadangkan aku beli kertrij warna untuk printerku dan buat sijil tu di rumah nanti. hm, kena lagi. tak mengapa. dah tugasku. sekarang, aku cuma berharap adi akan mengambilku menggunakan kereta. senang sikit nak ke wisma saberkas nanti. dia kalau nak singgah-singgah dengan motor, memang payah. kalau kereta, tak banyak soal…

petang ni pula, dah janji dengan budak-budak tahun 6 nak temankan diorang ulangkaji matematik. sampai pukul 3 petang. aku kesian juga dengan budak-budak ni. tinggal beberapa minggu lagi nak UPSR tapi, macam tak bersedia lagi dari segi ilmu pengetahuan. risaunye! harap aku dapat bantu mereka dalam masa yang sangat singkat ni. selain beri ilmu, aku juga akan beri mereka semangat untuk belajar dan seterusnya mencapai kejayaan. bagiku, tugas sebagai guru bukan hanya memberikan ilmu tetapi juga memberikan inspirasi kepada murid-murid untuk berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s