semalam dalam sejarah

akhirnya, terpaksa putuskan hubungan dengan H. hatiku sedih, dan aku hanya mampu menangis dalam hati. biarpun bibir mengukir senyuman, tapi hati berdarah luka (erm, berdarah luka ke luka berdarah???). aku terpaksa menerima kenyataan yang emak dan bapak tidak suka aku bersama dengan H. kerana dia seorang askar.

malamnya, A datang ke rumah. hampir sejam dia berbual dengan bapak dan menyuarakan hasratnya untuk mengambilku sebagai isteri. banyak juga yang dibualkannya dengan bapa dan aku menyenangi sikapnya yang mudah berbicara dengan orang tua. namun, terus terang, aku rasakan dia terlalu terburu-buru. aku juga rasa, aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri lebih-lebih lagi dalam keadaan bersedih sekarang. tapi untuk menolak hasratnya, aku tidak sampai hati. cukuplah aku melukakan hati seorang lelaki pada hari ini.

mungkin, keresahanku semasa kedatangannya ke rumah nampak ketara sehingga dia bertanya padaku tentang hubunganku dengan H. aku tahu, dia tidak mahu aku meneruskan hubunganku dengan bekas kekasihku itu. tapi bagiku tidak salah kalau aku dan H terus berkawan. kami bukannya bercinta dan kami juga sudah jelas bahawa kami tidak mungkin akan bersama sebagai pasangan kekasih.

tengah malam, aku berbalas mesej dengan H. aku sekali lagi meminta maaf daripadanya. aku kasihan padanya. dan aku hanya berdoa agar keputusan yang kubuat adalah keputusan yang betul. dia pula, memang bersedih. namun tetap tenang menasihatiku agar menerima keputusan emak dan bapa. dia tidak mahu aku ingkar pada kata-kata orang tua.

sekarang, aku akan terus berdoa agar aku memilih jalan yang betul dengan menerima lamaran A. mungkin dalam minggu ini juga ibu bapanya akan datang ke rumah untuk merisik.

Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini. berilah aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menempuhi perjalanan hidup hamba. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s