kesedihan

berkaca-kaca juga mata lepas berbual dengan H tadi. aku rasa sediiiih sangat bila dia cakap dia rindu nak dengar suaraku. lepas tu aku tanya, dia rasa sedih ke tak. dia cakap, tanya lagi. sapa la yang tak rasa sedih. dia minta aku simpan cincin yang diberikannya kepadaku sebagai kenangan. masa tu la aku rasa mataku mula berpinar-pinar. sedih. kalau la dia nampak perubahan wajahku masa tu…

aku rasa, tak mungkin aku melupakan perasaanku pada dia dalam waktu terdekat ni. walaupun tempoh percintaan kami hanya sekejap, still…ada kenangan manis terukir antara aku dan dia. dia pernah menjadi matahari yang menyinari hidupku. dia mengisi kekosongan hatiku yang kesunyian. dia membuat aku tersenyum ketika aku letih menghadapi tekanan. aku masih sayangkan dia. (huhu..mula dah nak nangis ni).

petang ni, A hantar mesej. katanya minggu depan dia akan menghantar wang hantaran RM 8,000 untuk pernikahan kami. aku hanya menjawab ‘OK’. aku menyerahkan semuanya kepada dia untuk membuat keputusan. bagiku, biarlah semuanya berlaku seiring dengan waktu. aku hanya berharap semua orang gembira dengan keputusan yang telah kubuat dengan menerima dia. sekurang-kurangnya aku telah menghalang dia dari melakukan perkara yang memusnahkan dirinya sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s