ketahuan

entah kenapa hari ni aku langsung tak dapat nak sorokkan perasaan sedihku dari sesiapa. pagi tadi, aku terdengar murid yang rapat denganku bercakap dengan kawannya, “Rupa cikgu macam rupa orang lepas menangis.”

kemudian, dewi juga bertanya kenapa wajahku nampak semacam je. aku ceritakan kepada dewi segalanya, bermula dari kisah aku bercinta dengan H hingga ke kisah A ingin berkahwin denganku. dewi menggeleng-gelengkan kepalanya sambil membuat satu ulasan ringkas, “you’re in a big trouble!” dia bertanya kenapa aku tidak menghubunginya untuk meluahkan apa yang kurasa. dia dapat rasakan aku sedang mengalami tekanan perasaan yang hebat sejak akhir-akhir ini. teruk juga aku dileteri tadi. aku cuma beritahu dewi, aku sudah biasa menyimpan perasaanku sorang-sorang. kata dewi, dia hilang selera setelah mendengar ceritaku. terlalu berat masalah yang kutanggung sekarang, komennya. tapi, dia hairan kenapa aku masih tersenyum dan bergelak ketawa? jawabku, aku sudah biasa. dan kadang-kadang, mudah saja nak tau aku tengah ada masalah ke tak. kalau gelak aku terlebih dari biasa, itula antara tanda-tandanya aku tengah bersedih atau tertekan.

petang ni pula, O tiba-tiba bertanya kalau-kalau aku ada cerita yang ingin dikongsikan dengannya. dengan mudah, aku menceritakan kepadanya tentang masalah yang kuhadapi. panjang lebar juga nasihat dan saranan yang diberikannya.

kemudian, MJ temanku turut memberikan nasihat. aku menerima nasihat dan pandangannya dengan hati terbuka. dan hasil dari konsultasi dengan 3 orang insan yang baik itu, aku akhirnya membuat keputusan untuk bersikap lebih tegas menolak permintaan A untuk kahwin cepat. aku meminta dia menangguhkan niatnya untuk berkahwin sebelum bulan puasa. aku jelaskan padanya, aku masih belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. aku perlu menyara keluargaku kerana aku anak sulung dan aku perlu membantu ibu bapaku memandangkan aku sahaja anak yang sudah bekerja. mujur dia faham. aku rasa lega. sekurang-kurangnya, aku ada masa lebih untuk mengenali dia. dan dia juga ada masa untuk mengenaliku.

jadi, boleh la tido lena malam ni….🙂

2 thoughts on “ketahuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s