tekanan!!!!

seandainya…dapat kau selam, sambil mentafsir lubuk hatiku. cuma tenang di permukaan, dan di dasarnya bergelora. persoalan demi persoalan, membelenggu akal dan fikiran. tidak kutemu jawapan. seandainya…dapat ku lari, jauhku pergi membawa diri….

teringat lagi kat F. susahnya kurasa nak lupakan dia. tadi, sempat lagi tengok friendster dia. dia baru je log in dalam masa 24 hours. rupanya dia belum buang lagi namaku di hujung nama dia. huhu… rindu…. tiada siapa pun yang tahu yang aku masih sayangkan dia. di mulutku selalu katakan telah lupakan dia, namun hatiku masih kuat mengingatinya. sungguh-sungguh dia orang yang paling kusayang sehingga kini.

A? aku rasa, perasaanku pada dia bukanlah perasaan cinta. aku rasa semakin rimas dengan sikapnya yang terlalu mendesak agar kami cepat-cepat berkahwin. ahad yang lepas, dia membawaku berjumpa dengan ibu bapa dan ahli-ahli keluarganya. dengan selamba, dia memberitahu yang kami akan berkahwin selepas hari raya. jiwaku memberontak! kenapa dia membuat keputusan sendiri…? hal ni belum pun dibincangkan denganku apatah lagi dengan ibu bapaku. aku rasa marah padanya. sangat marah, sehingga aku rasa tidak mahu bercakap dengan nya lagi.

aku betul-betul rasa tidak puas hati. dia sendiri yang setuju untuk menuruti kehendakku agar kami tidak tergesa-gesa untuk berkahwin. aku sudah jelaskan kepadanya panjang lebar tentang situasi yang kuhadapi. aku masih belum rela melepaskan zaman bujangku. aku masih ingin hidup sebagai wanita bujang, masih ingin menikmati hidup seorang diri, masih belum tiba masa untuk berkahwin. tapi dia, dengan mudah dan lancar mengatakan akan berkahwin secepat mungkin. saudara mara dia apalagi, 100 % menyokong keputusannya. aku betul-betul sakit hati sekarang. kalau ikut hati, aku nak putuskan je hubungan dengan dia. tapi bila lihat wajah orang-orang yang menaruh harapan…aku tidak sampai hati.

apa yang aku betul-betul nak buat sekarang ialah, bersemuka dengan dia. berbincang tentang apa yang aku rasa. terus terang yang aku masih belum terima dia 100% untuk jadi suamiku. terus terang bahawa perasaanku padanya hanya sekadar suka, bukan cinta. terus terang yang aku masih tak dapat lupakan F. terus terang yang aku masih tidak bersedia untuk berkahwin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s