sedih aku pedih

ku rasa, mataku pedih sangat sekarang. semakin mudah pula mata ni mengalirkan air mata. aku rindukan dia. bukan F tapi, H. aku sedih bila dia cakap dia dah isi surat posting ke tempat lain. aku rasa inilah kesedihan yang paling sedih yang aku rasakan. aku takut kehilangan dia (hm, tengok…mata ni dah mula berkaca-kaca). aku tak dapat terima dia akan meninggalkanku dan akan pergi ke tempat lain.

masa bercakap dengan dia tadi, aku tercakap yang aku dah isi borang permohonan menyertai SST (Smart Support Team). aku terpaksa menjelaskan kepadanya fungsi SST dan dia marahkan aku sebab buat tindakan sendiri. aku jelaskan padanya, itulah impianku. aku ingin membantu orang-orang yang perlukan bantuan. aku tak kisah kalau sampai kena hantar ke luar negara. aku lebih rela macam tu. sekurang-kurangnya, dengan pergi jauh dari tempat ni aku akan dapat melupakan semua kesedihan yang kualami lebih-lebih lagi kalau dia tidak lagi bertugas di sini. aku beritahu padanya rancanganku untuk terus membujang dan hidup sendiri. dia marah dan geram padaku. aku nangis lagi….

aku betul-betul sedih sekarang. kalau lah A tak muncul, pasti aku masih dengan H dan teruskan hubungan kami seperti biasa. pasti aku takkan kehilangan H. pasti hidupku tak murung seperti sekarang. pasti aku akan jadi seorang yang ceria dan hidup gembira. (T_T)

Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu. berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini. Ya Allah, jika benar dia (H) untukku…satukanlah hati kami. teguhkanlah cinta kami agar kami dapat bersama. berilah kami ketabahan dan kesetiaan agar cinta kami semurni Adam dan Hawa yang berpisah dan akhirnya bertemu di Padang Arafah. Amin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s