kisah indah

lama juga rasanya menunggu dia malam tadi. pukul 10 lebih baru dia mesej. sabar…kan orang dah mula sembahyang terawikh malam tadi. tengah2 bermesej, entah bila pula aku tertidur. aku hanya tersedar apabila dia menelefonku pukul 1 pagi. haha, kesian dia.

kutanya, ada tak dia mengaji. dia menjawab ya. kuberitahu dia keinginanku untuk mendengarnya mengaji. dia ketawa… pelik betul permintaanku, katanya. jawabku tidak. aku mahu dia bacakan ayat-ayat al-Quran untukku. akhirnya…tau tak apa yang dia baca??? bismillahirrahmanirrahim…alif, ba… hahaha…benci betul. boleh pulak dia kenakan aku macam tu. akhirnya dia cakap, dia akan bacakan bila masanya dah sampai nanti.🙂

tapi, bila ingatkan pertanyaan dia “sampai bila kita harus begini?” aku terdiam tanpa kata. ya, sampai bila kami harus sembunyi-sembunyi bercinta seperti ini? aku tahu kami tak boleh terus begini. satu masa nanti, pasti hal ini perlu dijelaskan kepada semua orang. kami masih ada harapan. dan aku sangat yakin, kami akan berjaya melalui apa saja halangan yang bakal tiba. aku akan sentiasa tabah, selagi dia sentiasa ada di sisiku dan pasti rebah jika dia meninggalkanku.

akhir kata, sebenarnya apa yang aku nak cakap ialah… aku gembira mengingati apa yang kami bualkan malam tadi. dia buatkan aku gembira. buat aku tersenyum. buat aku bahagia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s