alhamdulillah

baru lepas buka puasa. kenyang walaupun hanya menyantap apam balik dan mi jawa yang mak buat. hehehe. sebenarnya, sejak berpuasa aku dapat makan sikit je. langsung tak terliur nak makan banyak walaupun banyak betul makanan sedap-sedap yang dihidangkan semasa berbuka. sahur pun…makan dua tiga suap nasi, pastu sudah. aku langsung tak terniat nak kurangkan berat badan sepanjang Ramadan ni. tapi, kalau dah terkurang tu nak buat macam mana la kan? terima je la… alhamdulillah…🙂

petang tadi aku ke bandar dengan adikku. mak awal-awal dah pesan jangan balik lambat sebab nasi dan lauk belum dimasak. aku akur sebab sejak cuti sekolah ni, aku la yang kena masak tiap-tiap hari. di bandar, beli cat. niat aku, raya tahun ni nak cat rumah. lepas bapak bagi green light tadi, aku terus ajak adik ke bandar. huhu…mahal juga rupanya harga cat. tapi, dah niat nak beli…aku beli je la. sekurang-kurangnya, raya tahun ni ada perubahan kat rumah selain dari alihkan almari besar ke dining room tadi. ha, itu satu lagi cerita. nasib baik ada bapak ngan adik-adik kat umah. kalau tak, memang patah la tulang aku nak angkat almari yang berat tu… hahaha, ingatkan boleh berdikari hari ni.

apa pun, hari ni aku sangat gembira. dapat call dari dia, dapat tunaikan hajat nak cat rumah, apa lagi…yang paling penting, dapat peluang untuk hidup sehari lagi…siapa tahu apa akan terjadi pada hari esok…???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s