hari yang ceria + kerisauan

pergi sekolah hari ni memang best! seronok tak ada tekanan. aku sibuk dengan kerja-kerjaku menyiapkan paperwork untuk aktiviti pasca UPSR nanti. pening juga kepala nak fikirkan aktiviti yang sesuai untuk memenuhkan jadual 10 minggu tu. mujur juga perancangan dah siap. tinggal nak masukkan modul je lagi. chaiyo tia! u can do it (cheh, bermonolog dalaman la pulak!). tengah asyik siapkan paperwork, tiba-tiba kak tini call suruh sit in. gantikan cikgu L masuk ke kelas 1 M. alamak! erm, aku langsung tak bersedia nak masuk ke kelas tu. nak buat apa ek.. Akhirnya aku keluarkan puzzle colour. harap2 budak2 tu pandai buat.

bila sebelah je kaki aku melangkah ke pintu kelas, semua budak darjah 1 tu bersorak. aku terpinga-pinga. eh, kenapa dengan budak2 ni? suka plak diorang aku masuk. aku tersenyum. bangganya… tak sangka aku ni ada ramai peminat kecil. huhuhu… budak2 berikan kerjasama masa aktiviti sit in tu dijalankan. macam biasa, mesti ada yang dok mengendeng-ngendeng. ikut ke mana je aku berjalan. dah tu ada pulak yang x henti2 tanya macam2. pandai pula tanya, macam mana cikgu tau? aku jawabla…cikgu baca buku, cikgu dengar apa yang cikgu dan ibubapa cerita dan nasihatkan…hm, budak2 ni…suka betul nak manja2. yang pasti, aku rasa gembira dengan apa yang berlaku hari ni. makin sayang kat budak2 tu. diorang dah jadi penawar hati pengarang jantungku…

erm, sekarang cuma risau macam mana nak jadi timbalan pengawas peperiksaan di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim. balik tadi aku dan adi survey tempat tu. rupa-rupanya, sekolah tu betul-betul terletak dalam kem semenggoh tu. jumaat ni kena g taklimat. macam mana la agaknya jadi timbalan pengawas peperiksaan. aku mana ada pengalaman langsung jadi pengawas peperiksaan. kurang-kurang pun, bagi la jadi pengawas je. risau betul.

erm…last story. sum1’s name appear in my e-mail. terus rasa rindu kat dia. ish, apa lah. dah kata x nak looking back. kena tabahkan hati tia…syukur dengan apa yang ada sekarang. jangan berpaling ke belakang. terus pandang ke depan. sudah2 la tu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s