3 September 2009 – just a simple notes

baru dapat rehat dan baru terasa perut yang sakit dari pagi tadi. sibuk sangat sampai tak ada masa nak layan rasa sakit. sampai je di sekolah, murid-murid dah tunggu di depan bilik kaunseling. masing-masing sibuk nak bantu bawa laptop dan beg kertas yang aku bawa. lepas tu, mereka sampaikan niat nak belajar matematik denganku. leka mengajar, rasa sakitku hilang.

bila loceng bunyi dan budak2 masuk ke kelas masing-masing, aku mula mengemaskan bilik kaunseling. sapu lantai, susun buku, print out senarai AJK Guru Kaunseling Zon Padawan, Bau, Lundu & Sematan yang Guru Besar nak…dan finally, ke bilik Guru Besar untuk dapatkan pengesahan salinan slip gaji, surat lantikan pengawas peperiksaan dan muka depan buku akaun yang perlu dibawa untuk taklimat esok.

keluar je dari bilik Guru Besar, Kak Tini panggil dan ingatkan tentang paperwork Program Pasca UPSR yang akan dibentangkan minggu depan lepas UPSR. nampak gayanya aku kena siapkan hari ni juga supaya minggu depan tak lagi sibuk nak siapkan benda tu. maklumlah, takut tak sempat sebab aku bukannya ada di sekolah sepanjang minggu. nak buat kerja kat rumah…susah nak fokus.

akhirnya berjaya siapkan paperwork…tinggal nak hantar kepada Kak Tini untuk di review…. baru nak rehat kejap, ada budak datang ke bilik kaunseling. nak sambung belajar katanya. jadi, kami terus buat ulangkaji. susah juga nak tolakĀ bila budak dah rajin nak belajar ni. sampai loceng menandakan habis rehat berbunyi…baru la selesai belajar. fuh, kering tekak…

sekarang…dan lepas ni. nak prepare untuk kelas PSV Tahun 3. dah janji nak gantungkan bendera di dalam kelas. aku pun dah merancang nak buat kerja berkumpulan hari ni. semoga p&p nanti berjalan lancar…amin (untungnya orang yg bnama amin – namanya sentiasa disebut di penghujung setiap doa).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s