5 September 2009

tak buat apa-apa pun hari ni kecuali print out paperwork Program Pasca UPSR. itu pun tak sampai sejam. masa-masa selebihnya aku habiskan dengan mengemas rumah, surf internet, membaca buku dan membantu di dapur. ingatkan dapat keluar dengan dia hari ni, tapi tak jadi pulak sebab dia disuruh datang ke pejabat. frust juga sebenarnya, sebab kira-kira sebulan tak bertemu. tapi, mungkin ada kebaikannya kami tak selalu berjumpa. berfikiran positif je la.

buku yang kubaca hari ni memang sebuah buku yang aku langsung tak jangka akan kubeli. cinta, jodoh dan perkahwinan. aku pun heran… selepas baca sehelai demai sehelai, aku mula faham yang selama ni aku confuse pasal konsep cinta dan jodoh. ai, rupa-rupanya cinta dan jodoh tu dua perkara yang berbeza. tapi ia adalah perkara yang perlu berjalan seiringan. tak semestinya bila dah bercinta, jodoh akan tiba. tak semestinya, orang yang kita cinta tu akan jadi jodoh kita… jodoh tu perlukan persetujuan antara dua pihak. kalau salah satu pihak tak bersetuju, maksudnya tak de jodoh la. lepas tu, kalau ada jodoh tapi tak de cinta pun susah juga. zaman sekarang ni, cinta memang sangat penting untuk memberikan kekuatan kepada jodoh. hm, itu yang aku faham pasal konsep tu tadi. apa pun, semuanya terserah kepada Yang Maha Mengetahui. Kita hanya merancang sedangkan Dia lah yang menentukan segalanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s