upsr 1st day

mengalami kepenatan melampau! aku terpaksa bangun awal2 pagi untuk ke UPP dan mengambil kertas peperiksaan untuk ujian BM Kefahaman dan Penulisan serta Matematik Kertas 2. pukul 5.30 aku sudah berada di UPP. rupa-rupanya sudah ada pengawas-pengawas peperiksaan yang turut menunggu di sana untuk menjalankan tugas masing-masing. sementara menunggu cikgu Ismail, aku sempat berbual dengan seorang pengawas peperiksaan yang menunggu ketuanya. tidak samapi 10 minit, kulihat cikgu Ismail berjalan menuju ke kaunter. aku membantunya dan kemudian terus membawa topeng muka ke sekolah. pukul 6.30 pagi aku dah sampai di perkarangan sekolah. aduh…kena tunggu sampai pukul 7.00 pagi ni.

pukul 7.00 lebih, cikgu Ismail sudah berada di sekolah. dia menerangkan kepadaku tugas-tugas yang perlu kulakukan sebagai Timbalan Pengawas. aku rasa agak gementar kerana inilah kali pertama aku menjadi pengawas peperiksaan. nasib baik semuanya berjalan lancar sehingga peperiksaan tamat pada pukul 12.25 tengahari.

yang pasti, sepanjang hari tu teruk juga aku kena ‘buli’. mentang-mentangla masih muda n single.. ah, tak kisah la. yang penting, pengalaman yang aku perolehi sebagai timbalan pengawas.

masuk ke dalam kereta, barulah terasa penat…aku tertidur sampai adikku membangunkanku. kami turun di choice supermall sebab aku teringin nak minum susu. sambung balik perjalanan ke rumah, aku tidur lagi dan sambung tidur lagi di depan tv. letihnya…

pukul 4.oo petang, aku bangun untuk buat persediaan berbuka. masak, sapu lantai dan tiba-tiba…abang mesej suruh call. katanya, dia akan ke KL esok atas urusan kerja. mungkin dalam 5 hari. huhu…lamanya. pesannya, aku jaga diri baik2. aku pun pesan supaya dia jaga diri dan jaga mata. hahaha… rindunya. bila la dapat jumpa lagi????

Leave a comment