last day upsr

3.45 p.m. – berakhirlah kertas terakhir ujian UPSR 2009. semua calon-calon UPSR di tempat aku mengawas kelihatan dah tak sabar-sabar nak melangkah keluar dari dewan peperiksaan. buktinya…baru pukul 3.15, rata-rata dah siapkan kertas ujian aptitud. peningla nak jawab cikgu…dah la susah, kena jawab waktu tengahari, hari pula panas giler… itulah keluhan yang kudengar ketika memeriksa butiran pada kertas jawapan mereka. aku tersenyum. aku pun dah baca soalan-soalan di kertas aptitud tu. memang mencabar dan kena perah otak habis-habisan la… apa pun, hari ini hari terakhir. bila ketua pengawas peperiksaan mengumumkan supaya calon sudah tamat menyelesaikan kesemua kertas soalan, semua calon bertepuk tangan dengan gemuruh. wajah mereka kelihatan lega. aku pun lega sebab mulai esok aku tak perlu bangun awal pagi semata-mata nak ambil kertas soalan di Unit Penilaian Peperiksaan di Matang. seksa tau kena bangun pukul 4.00 pagi setiap hari. esok, bermulalah hari yang baru lagi. =)

One thought on “last day upsr

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s