realiti hidup

tiba-tiba bapa tanya pasal ‘kekasih’ yang datang ke rumah hari tu. kenapa tak ada lagi khabar beritannya? hm, akhirnya aku terpaksa jelaskan kepada bapa segalanya (tentang siapa A yang sebenar serta apa yang membuatkan aku menolak untuk berkahwin dengan A) kecuali kewujudan H dalam hidupku. hasil dari kejujuran itu, aku terpaksa menadah telinga mendengar ‘ceramah ringkas’ dari bapa. aku tahu, salahku juga tidak menghalang A berjumpa dengan emak dan bapa tempoh hari. salahku juga kerana tindakanku telah membuatkan ramai orang berharap. salahku juga kerana terlalu mudah simpati sehingga akhirnya hal ini terjadi.

apa pun, inilah pengajaran paling berharga yang kuperolehi. cinta tidak boleh dipaksa. biarpun sebelum ini aku pernah cakap yang aku akan menerima sesiapa sahaja lelaki yang disukai oleh orang tuaku, ternyata ia tidak semudah yang disangka. aku masih perlukan cinta untuk menerima seseorang menjadi teman hidupku. apa yang pernah berlaku, mungkin adalah pengajaran yang diberikan Allah kepadaku tentang salah satu lagi realiti kehidupan yang perlu kujalani.

tadi dapat juga berbual dengan H…dapat lepaskan rindu walaupun tak kurasa masa tu tak cukup untuk berbual dengannya (huhuhu). katanya, dia akan balik pada hari raya kedua. huh, lamanya! lepas tu dapat cuti lagi sampai 18 oktober. kalau aku lulus test JPJ hari khamis ni..mungkin kami akan selalu keluar bersama. hehe…mesti dapat tebus balik masa-masa yang dah berlalu. tapi, harap-harap la tak ada hal lain pulak yang berlaku. mana la tau ada emergency call ke…apa ke…

hari ni….

entah kenapa aku rasa semacam je bila datang ke sekolah. pelik sangat…aku mudah sangat nak marah. mungkin sebab rasa tak puas hati sebab tak dapat nak jalankan perancangan yang dah ku buat untuk program pasca UPSR. tak tahu nak mula dari mana. Kak X cakap, teruskan je apa yang dah dirancang. tapi, macam mana pula dengan cikgu-cikgu lain? aku langsung tak sempat nak berbincang dengan mereka tentang apa yang telah kurancang. tak sempat nak beri taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang akan kami lakukan. akhirnya, aku masuk ke kelas 6B…minta murid-murid mencari sajak atau syair setiap seorang. kami akan membacakan syair atau sajak tersebut selepas waktu rehat. kelas 6M pula, cikgu C yang masuk sehingga waktu rehat. aku tak tahu apa aktiviti yang dilakukannya bersama dengan budak-budak tu.

lepas waktu rehat, giliran Ustaz masuk ke kelas 6B. aku merasa lega apabila dia meneruskan perancanganku. dia mengarahkan murid-murid membaca sajak dan syair yang mereka sediakan atas arahanku pagi tadi. tapi…kelas 6M, sibuk bermain-main dan membuat bising. aku rasa tertekan. akhirnya kubiarkan mereka bermain-main. sebelum waktu balik, aku berpesan supaya mereka membuat kumpulan untuk koir lagu patriotik yang akan diadakan pada hari Rabu ini. masing-masing mengatakan tidak mahu menyertai pertandingan itu. erm…sabar je la.

harap-harap esok keadaan akan jadi lebih baik. aku tak nak terus-terus macam ni. emosi semacam je dan rasa susah nak ‘bergerak’. aku perlukan kerjasama dari guru-guru dan aku harap mereka sedia membantuku. kalau tak, memang tercungap-cungap aku nak handle semua ni sorang-sorang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s