minal aidil walfaizin

esok, semua umat Islam akan menyambut hari raya. syukurlah… baru pagi tadi aku merungut dah lama tak dengar budak2 jerit, “yea, yea esok raye!”. malam ni aku sendiri yang cakap, “yea, yea esok raye!” isk…macam budak2 plak. apa pun, yang pasti aku gembira sebab esok raya… erm, cuma rasa sedih ckit la sebab dia tak ada di sini untuk beraya bersama.

tadi tiba-tiba teringat nak ucapkan selamat hari raya n minta maaf kat F. tapi, aku dah takde no fon dia. nak email pun, entah aku berani ke tak nak hantar kat dia. sebenarnya, terdetik juga rasa menyesal kerana melepaskan dia n cakap tak nak ‘turning back’ kepadanya. entah apa yang meracuni fikiranku pada masa tu. aku fikir dia mungkin ada masalah, tapi…kenapa aku tidak bersabar dengan keadaan tu? sudahla, menyesal pun dah tak berguna lagi. aku dah melepaskan seorang calon yang baik. mungkin jodohku bukan dengannya…😦 sekarang, aku cuma berharap…di mana pun dia berada, dia sentiasa gembira dan bahagia. aku berharap dia akan memaafkan segala kesalahanku. mungkin aku bukan calon yang terbaik untuknya. aku tidak dapat memahami kehendak dan kemahuannya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s