hari pertama setelah bercuti

bermula lagi hari persekolahan. sepanjang perjalanan, aku mengira-ngira entah apa perasaan yang patut ada pada hari pertama persekolahan setelah lama bercuti. malam tadi, ramai kawan-kawan yang cakap hari ini pasti akan berlalu dengan bosan kerana mood bercuti masih ada. aku sendiri, rasa sedikit malas untuk bangun awal. sudahnya, aku terlewat bangun tapi sempat bertolak dari rumah pada pukul 5.40 pagi. sarapan pun tak sempat nak dijamah. syukurlah sebab kalau terlambat, pasti aku akan tersekat di tengah kesesakan lalu lintas. tapi, di tengah jalan perutku mula terasa perit. ah, kena gastrik. nasib baik tak apa-apa walaupun di awal-awal kesakitan tu tumpuanku agak terganggu.

sampai di sekolah, jam baru menunjukkan pukul 6.40 pagi. rupa-rupanya aku guru yang paling awal menjejakkan kaki ke sekolah. nampak je kelibatku, ramai murid-murid mengiringi dari belakang. hahaha…perasan macam mak ayam pulak. dari situ, bermulalah kerjaku membersihkan bilik kaunseling yang telah seminggu ditinggalkan. belum sempat duduk, beberapa orang murid Tahun 6 menyerbu untuk bertanya tentang jadual aktiviti pasca UPSR yang akan mereka hadiri.

7.20 pagi – bermula lagi aktiviti pasca UPSR. aku meminta semua murid Tahun 6 ke dewan untuk memulakan aktiviti pertama iaitu ujian personaliti. tak lama kemudian, ustaz sampai dan meneruskan aktiviti yang sepatutnya iaitu kelas Fardu Ain untuk pelajar muslim dan kelas moral untuk pelajar bukan muslim. tajuk yang dibincangkan bersama dalam kelas Fardu Ain ialah tentang wuduk dan solat.

sebelum tamat sekolah, ustaz membuka sesi soal jawab. tiba-tiba Arif mencelah dengan suaranya yang nyaring, “bila cikgu M nak kahwin?”. semua mata di dalam surau itu tertumpu ke arahku. ish, budak ni memang tak sayang mulut. akibatnya, ustaz pun tergelak dan memberi kebenaran kepada murid-murid untuk bertanya soalan tentang pernikahan. aku juga la yang akhirnya terkena….sabar je la!

2.00 pm – aku berada di chicago 7 untuk bertemu rakan-rakan. huhu, akhirnya dapat hilangkan rindu kat partner-partner tu. makan dan lepak kat sana sampai pukul 4.30 petang. lebatnya hujan turun, membuatkan aku terpaksa menunggu. risau juga terlewat nak ambik ida di pejabatnya.

5.17 pm –  sampai di depan pejabat MARDI. fuh, nasib baik. kitorang terus ke bandar baru semariang untuk membeli barang dapur.

6.25 pm – sampai di rumah. hwa…very tired. baru dapat reply mesej dari bie (H). sebenarnya tengahari tadi dia hantar mesej dan cakap jangan lupa sesuatu hari ni. erm, apa ye? dia masih tak jawab mesej sampai sekarang. hmm…tunggu la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s