kisahnya…

dah lama tak update blog. sibuk sangat sejak balik cuti ni. makin sibuk, maka makin banyak tekanan…huhu. kadang-kadang rasa letih sangat dan mudah sangat naik angin. kalaulah ada satu tempat yang tenang untuk release kan tekanan ni…

hari isnin, aku rasa macam mengigau je bila bangun. hairan, kenapa hari tu orang tak mengaji padahal jam henpon aku dah bunyi jam 5. bangun tu terus mandi dan pakai baju. tiba-tiba mataku terpaku pada jam dinding. hah? baru pukul 4.30 pagi ke??? isk…baru aku sedar rupa-rupanya malam tadi aku lupa nak set balik jam henpon aku…

selasa – sesat jalan masa cari tempat servis kereta. sudahnya aku give up dan batalkan appoinment.

rabu – kejadian mengamuk di dalam kelas. hilang kesabaran terhadap budak2 tahun 6 ni. kita bercakap, dia pun buat bising…. apa yang nak didengar? akhirnya, aku cakap…”saya nak batalkan program pasca UPSR ni. dah 3 minggu saya handle program, dalam masa 3 minggu tu jugaklah kena marah awak hari-hari. awak tak bosan ke? kalau saya, memang saya dah fedap sangat. saya bersengkang mata buat perancangan untuk isikan masa awak dengan aktiviti berfaedah. tapi, awak balas macam ni pulak. sia-sia je saya korbankan masa tidur dan rehat saya untuk awak. saya ada banyak lagi kerja lain selain daripada melayan kerenah awak yang buruk ni. sekarang, awak semua keluar. tak ada lagi aktiviti untuk awak. balik ke kelas. esok turun sekolah macam biasa n duduk je melongok dalam kelas awak tu macam orang bodoh!” fuh, berapi-api rasa mataku tym tu. aku terus kemas barang-barang dan keluar dari situ.

tak lama kemudian, bilikku diserbu. aku sengaja tidak mahu mendengar dan memandang wajah mereka. semuanya meminta maaf dan berjanji takkan mengulangi kesilapannya. tak kurang juga yang merayu supaya aku tak buat mereka macam ni. terus kujawab, “owh, saya tak boleh buat awak macam ni tapi, awak boleh pulak buat saya macam ni kat saya? kalau awak nak saya maafkan awak, buktikan kepada saya.” semuanya terdiam. akhirnya, hatiku lembut. “balik ke kelas sekarang. saya takkan masuk ke kelas awak selagi awak masih buat bising.” mereka semua balik ke kelas. bila keadaan dah reda dan aku pun dah stabil dari segi emosi, aku pun melangkah masuk ke dalam kelas untuk terangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan. leganya bila budak2 tu kotakan kata-katanya.

khamis – hari ni… rasa letih sangat. kena bahagikan masa untuk masuk 3 buah kelas. budak2 buat bising kalau cikgu tak masuk kelas. mana la perginya cikgu-cikgu yang lain ni? tension jugak rasanya bila kena tanggung semuanya sorang-sorang. nak makan pun, kena fikir cukup masa ke tak. sudahnya, aku terpaksa curi-curi gi kantin dan hasilnya cukup membuatkan aku lemah lutut. makanan yang ada hanyalah roti aising yang berharga 60sen. huhu… sapa suruh tak gi kantin awal-awal? [aku pun menjawab: abis tu, bila lagi masa nak pergi? ni je masa yang aku free sekejap.]

pukul 3 baru aku bertolak pulang ke rumah. sebab aku nak siapkan test paper PSK untuk final sem. khusyuk sangat sampai tak sedar masa berlalu. nasib baik kak maria suruh balik cepat supaya tak terperangkap tym hujan… jadi, dengan berat hati aku menutup laptop dan terus berkemas pulang…

itulah kisahnya…[tak sempat la nak cerita kisah cinta hari ni. nak tido dah…]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s