clumsy day

semua nya jadi tak kena hari ni. awal pagi tadi tayar kereta bocor…nasib baik baru takat jambatan santubong. aku memang nervous giler time keta aku terhoyong ke kiri kanan. nasib baik dapat control…kalau tak, agaknya jadi makanan ikan la aku hari ni. huhu…umur masih panjang, alhamdulillah…

sampai di sekolah, semua budak2 serbu dengan pertanyaan, “kenapa cikgu lambat?” aku tersenyum dan menjelaskan hal sebenar. bila aku sebut pasal interview semua mengeluh…”cikgu nak cari kerja baru ke? tak best la kalau cikgu tak ada. ish, budak2 ni memang…jauh sangat fikirannya. akhirnya, aku beritahu dengan nada bergurau, “saya interview ni untuk mengesahkan diri saya sebagai guru. bukannya nak mintak kerja baru. awak jangan risau, awak akan tengok juga saya tiap-tiap hari sampai awak boring…”

pukul 9 pagi aku bertolak ke wisma hong. erm, apsal sunyi je. tapi, sunyi-sunyi pun penuh juga parking lot. isk, terpaksa parking kat seberang. terpaksa juga la melintas jalan raya yang besar tu. kasut aku pula, longgar…takutnya kalau-kalau ia terpelanting time aku berlari melintas jalan. terjumpa rakan sekampung di kaunter. kurang sikitla rasa nervous. cuma…aku rasa agak kelam kabut sebab tak ingat langsung pasal KBSR. kalau PIPP memang aku fokus sangat. aku jadi gelabah bila kawanku tanya tentang tag nama. aduh, tag nama aku…patah! sebab tersangkut masa angkat tayar kereta pagi tadi. dia tergelak mendengar jawapanku. hai…macam2 hal lah… pukul 12 baru aku masuk ke bilik temuduga. jantungku berdegup kencang. akibatnya, lidahku terasa berbelit-belit. isk3…yang buat aku rasa paling sedih, aku langsung tak ingat siapa timbalan menteri pendidikan sekarang ni. hm, sudahlah. yang penting, aku keluar dengan selamat dari bilik tu pada pukul 12.30 tengahari. lega walaupun rasa tak puas hati dengan performance ku..huhu…

balik, singgah di satok untuk bayar loan kereta. settle dalam masa setengah jam je. aku terus balik ke rumah dan…tidur. letih sangat aku rasa hari ni. masa memandu tadi pun aku mengantuk. terpaksa buka mata besar-besar supaya tak mengantuk. seksanya…

malam…

aku rasa sedih… berdebat dengan mak pasal dia. sedihnya bila mak ada prejudis terhadap dia. sebenarnya, sejak malam tadi mak asyik sound aku pasal lelaki yang aku pilih. aku cuma mampu beritahu mak, tak semua apa yang dia dengar pasal army ni betul. dan tak semua lelaki yang bukan army ni, baik2 belaka. malahan ada lagi yang lebih teruk. tapi, biasalah orang tua. tak pernah nak mengaku kalah. nak dia je yang betul. sakit hati betul aku rasa tadi. tapi, biarlah. akhirnya aku diam je. malas lagi nak bertekak. kang tak pasal2 bermasam muka pulak. aku juga yang kena tanggung dosa.

dia? ada call malam tadi. dia pujuk aku yang tengah sedih kerana kata-kata mak yang mengguris perasaan. huhu…kalau dia ada kat sini, kan baik… aku harap sangat teman hidupku nanti dapat melindungi aku, memberikan ketenangan dan membuatkan aku rasa gembira bila aku terpaksa melalui saat-saat seperti sekarang ni. aku rasa letih tinggal di rumah ni. letih mental dan emosi.  sebab tu la aku selalu berharap…satu masa nanti ada seorang putera yang menyelamatkanku dan membawaku keluar dari rumah ni. [isk, macam cerita cinderella la pulak. huhuhu]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s