bahagia dan derita

seseorang rakan pernah berkata kepadaku;

“orang yang tidak diuji tidak akan tahu tinggi rendah langit di atasnya. orang yang hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam tambahan pula jika kemelaratan tak pernah menyentuh jiwa dan atmanya…mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi. oleh itu, apabila Tuhan memberi ujian, bererti Tuhan mahu mengajarkan sesuatu…bila adanya gelap, erti sebatang lilin jadi berharga. apabila Tuhan bawa rusuh, erti bahagia jadi berjuta-juta. siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Tuhan? oleh itu, syukurlah pada Tuhan jika diri dilanda ujian.”

aku rasa, minggu lepas adalah minggu yang paling teruk dalam sejarah hidupku. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, macam-macam peristiwa buruk berlaku. hari selasa, aku menghadiri temuduga pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. awal pagi lagi tayar keretaku pecah tak jauh dari jambatan santubong. mujur juga tempat tu masih tak jauh dari kampungku, dan nasib baik adikku ada di kampung minggu tu. kalau tak, aku pun tak tahu macam mana agaknya keadaan aku menukar tayar yang pecah tu. lepas peristiwa tayar pancit, tag nama ku pula patah. aduh, aku terpaksa gunakan klip kertas untuk lekatkan pin yang tercabut tu dengan tag nama. isk, nampak selekeh je…

khamis, mengalami pendarahan yang banyak a.k.a kebocoran sehingga terpaksa ke tandas untuk tukar pad baru. tak sampai 15 minit, dah ada budak yang bergaduh. dalam masa yang sama, budak2 tahun 3M cari aku kerana ada kelas PSV. aku kalut. mana nak uruskan budak tahun 6 yang bergaduh, mana nak masuk ke kelas PSV lagi…masa tu aku cuma fikir, alangkah baiknya kalau badan ni boleh dibahagi-bahagikan…boleh la aku buat lagi banyak kerja dalam satu-satu masa. hari yang sungguh meletihkan, juga sangat menegangkan. tension!

sabtu – lain hal pulak terjadi. scratch kan kereta orang. nasib baik orang tu tak maki hamun aku bila tengok bumper kereta dia scratch…aku lagi sedih tengok bumper depan kereta aku yang lagi teruk scratch nya daripada kereta dia. huhu, nangis tak berair mata….balik rumah, teruk juga kena leter ngan adik. belum selesai kes tayar pecah, ni dah tambah kes scratch kan kereta orang. memang confirm bajet aku bulan ni tak cukup….

perisitwa-perisitwa ni buat aku rasa heran dan tertanya-tanya kenapa aku asyik bernasib malang je. macam-macam hal kan.

aku muhasabah diri. mungkin itulah cabaran hidup yang aku kena lalui, kena jadikan pengajaran. mungkin ada hikmahnya. sebab sesuatu yang terjadi itu, pasti ada perkara yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. siapa tahu… mungkin ini ujian dari Allah sebagai ingatan kepadaku. seperti yang kawan aku cakap…kita takkan menghargai kebahagiaan seandainya tidak pernah merasai derita.

aku harap, minggu ni keadaan akan berubah. dia pun akan balik ke sini esok. sekurang-kurangnya bila adik tak ada di sini, dia ada…namun yang pasti, Tuhan sentiasa ada untukku tak kira di mana dan bila saja aku memerlukan-Nya. Allahu Akbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s