happy

awal pagi dapat mesej dari dia. katanya dia dah ada di lapangan terbang, nak bertolak ke kuching. aku rasa seronok sangat sebab dia balik ke kuching hari ni. maklumlah, dah terlalu lama rasanya menunggu. janji nak jumpa esok…harap-harap jadi. rindu sangat kat dia….

lepas tu, sibuk ngan persiapan untuk ceramah kesihatan seksualiti remaja dan bengkel pencegahan dadah anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching. tiba-tiba pula kena jadi MC. banyak yang aku belajar dari Dr. Sarina tentang seksualiti. ada juga baiknya budak-budak didedahkan dengan perkara ni. sekurang-kurangnya, mereka dapat mengelak daripada mengikuti perkara-perkara yang tidak baik dan menghancurkan masa depan mereka. sibuk sangat sampai tak sedar ada mesej dan missed call. huhu…dah sampai rupanya dia. pukul 1 baru aku call dia balik. tapi, tak dapat cakap lama-lama sebab ramai budak2 datang nak bersembang. isk3….

balik dari sekolah, aku ke BSN. nak uruskan pasal kad ATM aku yang asyik bermasalah tu. hm, ingatkan dapat settle hari ni jugak. tapi, rupa-rupanya kad pengenalan aku tertinggal di rumah. isk, geram betul. buang masa dan buang minyak je…esok aku kena settle kan juga hal ni. kalau tak, memang susah la hidup aku. [konon!] hahaha….

agaknya minggu ni tak la rasa tertekan sangat macam minggu lepas. tak kisah la kena tegur ngan Guru Besar sebab bawa budak2 main ‘bola beracun’ yang berbahaya tu. malu juga la rasanya…tapi aku tau aku tak salah. dalam buku PJK kan ada permainan tu? hmm, mungkin Guru Besar risau ngan keselamatan budak2. sebab tu la dia larang main permainan tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s