kisah semalam – Sarawak Cultural Village

dapat bangun lewat sikit hari ni. semalam Guru Besar cakap tak perlu datang ke sekolah. terus datang ke Kampung Budaya (Sarawak Cultural Village) memandangkan rumahku tak jauh dari situ. seronoknya, dapat juga bangun lewat sikit hari ni. selepas mandi dan berkemas…aku memanaskan enjin kereta. alamak! penanda aras minyak berkelip-kelip. hm, terlupa beli minyak. nasib baik kedai depan rumah tu ada jual minyak. selamat… 8.30 aku bertolak ke Kampung Budaya Sarawak…

8.45 sampai di parking lot tapi rombongan sekolah kami masih belum sampai. jadi, aku duduk menunggu di dalam kereta. berbual sekejap ngan buah hati tercinta. tak dapat bual lama-lama sebab dia kena g perbarisan. sempat lagi dia puji aku ‘comel’ semalam. hehe…makaseh abang…

9.15 – sampailah rombongan sekolahku. aku mengekori mereka dari belakang. nampak je kelibatku, semua kelihatan terkejut. hehe, surprise! diorang tak tau aku akan menyertai mereka dalam lawatan kali ni menggantikan Cikgu Ann. budak2 tu nampak gembira betul sebab sebelum ni diorang memang harap sangat aku dapat ikut diorang. akibatnya, semua nak ikut aku. nak jalan sama-sama, duduk sama-sama, ambik gambar sama-sama…dan sepanjang lawatan tu asyik nama aku je yang kena sebut. aduh, malu juga rasanya. tapi, yang best nya…dapat imbas balik zaman sekolah rendah dulu. percaya tak kalau aku cakap, dulu aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tarian tradisional? ha…disebabkan hal tu la aku selalu ke kampung budaya zaman sekolah dulu. memang seronok. selain dari ikut kumpulan tarian, aku pun pernah belajar main angklung…bangganya bila bercerita ngan budak2 tentang ‘zaman kegemilangan’ku dulu.🙂

letihnya berjalan…perut pun rasa lapar. lepas belajar buat cincin manik, 12.45 baru dapat makanan. tiba-tiba aku panik. aiks, mana kunci kereta aku ni? habis isi beg aku selongkar. budak-budak dan cikgu-cikgu lain pun jadi panik. apa lagi aku yang takut sangat kalau-kalau aku tertinggal kunci di dalam kereta dan pastu kereta aku dibawa lari. sungguh-sungguh aku berdoa supaya kereta aku masih ada di parking lot dan kuncinya pun masih ada. tau apa terjadi? aku terselamat! kereta dan kuncinya masih ada di tempatnya. Alhamdulillah…masa tu aku rasa bersyukur sangat. marah juga pada diri sendiri sebab cuai sangat. nasib baik kereta aku tak dibawa lari. kalau tak…menangis air mata darah aku agaknya.

2.00 petang aku sampai di rumah. tau apa lagi yang tertinggal? kuih baulu coklat dan kuih cincin yang aku beli kat kampung budaya tadi…huhu….apa punya perempuan la aku ni? apasal pelupa sangat sejak akhir-akhir ni? teruk betul.

hm…perkara nak berlaku. apa pun, aku masih happy atas apa yang berlaku semalam. jumpa ngan buah hati yang dirindui. sekejap je…tapi cukup buat aku lupa nak buat kad ATM baru, lupa nak isi minyak kereta. hahaha….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s