dating…

kuar ngan dia hari ni. tapi…bukan dengan dia je. ada kawannya sekali. kawan yang dia bawa masa jumpa aku hari rabu lepas. tak kisahlah, yang penting dapat jumpa. kitorang g kota samarahan. dia cakap, dah lama sangat dia tak pergi ke rumah keluarga angkatnya. aku ikut je…sebab bagi aku, yang penting dapat sama dengan dia. masa kuar dari rumah, adik bongsu je yang tinggal. jadi, aku tinggalkan pesan kat dia supaya beritahu kat mak dan ayah aku nak keluar jumpa kawan.

sampai depan kem dia pukul 11.30 pagi. terlewat setengah jam. nasib baik dia tak marah. mungkin sebab kitorang kena tunggu kawan dia yang masih tengah bersiap. bila kawan dia sampai, aku suruh dia drive…aku plak jadi mem kat belakang. haha…seronok.

sampai je kat rumah keluarga angkat tu, macam biasa aku rasa kekok sikit. masih kena buat ice breaking. untuk mengisi masa lapang, kitorang tengok tv. sambil2 tu, ada la borak2 ngan tuan punya rumah. borak punya borak, baru la aku perasan diorang dah salah faham. diorang ingat aku kapel dengan kawan abang…huhu. apa kes? sakit juga la telinga bila dengar diorang asyik suruh abang cari… nak cari apa lagi? bukan dah jumpa ke dengan yang dekat depan mata ni? aku merungut dalam hati. dia plak asyik cakap tak sedia je. isk…

dalam rancak2 berborak tu, orang yang ditunggu pun tiba bersama dengan seorang budak yang comel. budak tu la teman aku berborak sepanjang kat rumah. abang dengan kawan-kawannya sibuk membelek kereta yang tersadai di tepi rumah. ish, ingatkan dapat la berbual dengan abang…tapi, dia sibuk ngan kawan2 plak. aku rasa diriku diabaikan…x besh nye!

4.30 petang – kitorang berangkat pulang. sedihnya bila satu hari yang panjang berlalu macam tu je. langsung takde feel dating. masa kuar dari keta, dia hulurkan tangan. aku tengok muka dia. pelik…sejak bila plak nak men salam2 ni? oleh sebab ragu2 tu…akhirnya, tak jadi la kitorang bersalam. aku masuk ke kereta dan memandu pulang.

dalam perjalanan, tiba-tiba plak aku rasa menyesal. kenapa aku tak cium tangan dia sebelum pergi tadi? mesti dia rasa sedih. bila sampai di rumah, aku call dia…hm, nasib baik dia faham.

malam ni, dia duty. tapi, aku sempat berbual dengan dia tadi. dia masih rindukan aku walaupun dah jumpa. bila aku merungut pasal dia buat tak acuh je kat aku tadi, dia cakap, dia memang ada cuba nak tarik aku tapi…aku pula sibuk melayan budak kecik. sebab tu la dia ikut kawan-kawannya keluar. kalau ikut hati, dia memang nak dukung aku supaya jauh dari budak tu. alamak…aku tak perasan la. kesian dia. lepas tu, kitorang cakap pasal anak. dia nak didik anak dengan baik. dia nak, anak kami panggil aku ‘ibu’, dia plak dipanggil ‘ayah’. dan yang paling aku suka dengar, dia cakap yang paling penting, aku dah jadi milik dia. bahagianya aku rasa masa tu. hilang rasa sedih aku disebabkan dating tak menjadi siang tadi.

dia ajak aku keluar lagi esok. kali ni hanya kami berdua je yang akan berjumpa. takkan bawa orang lain. aku betul2 tak sabar tunggu esok. sebab…dia dah janji nak bagi gambar kat aku. sekarang, aku dah tak sabar nak tidur supaya esok hari cepat tiba…huhu…

semoga esok adalah hari yang bahagia untuk kami berdua…amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s