aku rindu…sayang kamu

hehehe…tajuk jiwang. betul-betul rindu kat dia. malam tadi dia topupkan number aku. huhu…terharunya. mungkin dia risaukan aku sebab langsung takde mesej dia siang tu. aku sibuk sangat ngan laporan yang perlu dihantar. lepas pukul 12 aku terus stay d sekolah sampai pukul 4 petang.

sempat la tido dalam 10 minit, pastu aku terkejut bila budak2 kecoh kawannya terhantuk dekat gril besi depan Pusat Sumber. budak tu diusung masuk ke bilik bimbingan dan kaunseling. aduh…banyaknya darah. menitik-nitik atas tikar di bilik B&K. rasa macam nak pitam seketika. isk…ni yang aku ‘lemah’ sangat ni. terpaksa tahan diri dan lapkan darah di kepala budak tu. lepas tu aku bawa dia ke bilik Guru Besar untuk ubatkan lukanya. tapi…Guru Besar terus suruh aku telefon mak bapak budak tu supaya cepat-cepat ambil dia di sekolah. lepas budak tu balik, aku sambung kerja sampai pukul 4…

sampai d rumah pukul 5 petang dan terus tertido…isk, letihnya hari ni. terasa betapa lambatnya masa berlalu. malam, dia mesej. sempatla balas 1 mesej je, kemudian kredit habis. tak lama lepas tu dia topupkan rm10 untukku. tak puas mesej, dia call…lepas tu, masuk tido…

hari ni plak, aku rasa lega sebab dah siapkan laporan L4R- laporan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. tinggal laporan esei lagi…esok aku nak buat habis-habisan sampai petang. seronok pula stay di sekolah sampai petang sambil buat kerja. mengantuk memang mengantuk. tapi…kerja cepat settle.

lepas hantar laporan di PPD tadi, aku terus balik rumah. lupa nak beritahu dia yang aku dah sampai. pukul 4 baru dia call dan tanya. hm, rupa-rupanya dia duty malam ni dan dia balik awal. isk, kalau aku beritahu dia tadi aku nak balik, mungkin kami boleh jumpa hari ni… takpe la…esok2 kan masih ada.šŸ™‚

cukupla cerita untuk hari ni. letih plak dan ada kerja rumah yang perlu dibereskan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s