dia juga manusia

aku mimpi tentang dia awal pagi tadi. pukul 4 pagi tadi tiba-tiba dia call dan kata rindu padaku. dia ingin sangat berjumpa denganku. tapi, aku tertidur plak.

yang tak seronok lagi, aku kena tadah telinga dengar mak berleter. aku rasa tertekan. aku tahu, kalau terus-terus di rumah memang aku akan hilang sabar. di fikiranku pada waktu itu hanya dia. jadi, aku buat alasan nak tempah banner untuk keluar dari rumah.

dalam kereta, aku call abang. ingatkan nak ke pantai untuk tenangkan fikiran, tapi dia cakap ramai kawan-kawannya ke tempat macam tu hari ni. hm, sedihnya. akhirnya kami buat keputusan untuk keluar sama-sama dan dia nak ajak kawan dia sekali. walaupun tak berapa suka dengan cadangan tu, aku tak kisah sebab yang paling penting ialah aku dapat jumpa dia dan keluar dari rumah.

sementara tunggu kawan dia datang, kami sempat berbincang. dia minta hari ni kami tak guna panggilan diri masing-masing (means ‘abang’ dan ‘sayang’). aku setuju (ni satu lagi yang buat aku rasa kurang senang. isk…). jadi, kami hanya akan panggil ‘awak’ dan ‘saya’ atau sebut nama je. bila kawan dia datang, kami akhirnya setuju untuk menjenguk rumah sewa kawan tu di samar indah. sepanjang perjalanan, aku lebih banyak bercakap dengan kawan dia je. dia pulak diam dan sesekali menyampuk. hm, tak cemburu ke? aku plak yang rasa tak sedap ati tengok dia macam tu.

sampai di samar indah, rupa-rupanya dah ada orang pindah masuk ke rumah sewa tu. kitorang tunggu sampai orang tu datang dan aku diperkenalkan kepada dua lagi kawan dia. masa kawan dia berbual-bual, kitorang sempat bercakap sekejap. tak lama di situ, kami pun balik semula ke satok dan tempah banner. lepas tu aku balik…

itu je la yang berlaku antara kami hari ni. kurang bercakap. tapi, aku hargai masa yang diluangkannya untukku. aku rasa, dia tak pernah menolak untuk berjumpa denganku kecuali kalau dia betul-betul kena bertugas. dan, sejak dia balik ke kuching, dia tak pernah kata ‘tidak’ untuk berjumpa denganku malah dah dua kali dia berdegil nak berjumpa.

malam ni, aku chat ngan adik yang belajar di Jordan. dia tanya perkembangan hubunganku dengan H. aku kata, ok je dan kami selalu jumpa pada hujung minggu. macam biasa, adik nasihatkan aku supaya tidak terlalu berharap. adik bimbang aku akan dikecewakan lagi. jadi, aku beritahu adik. soal jodoh, Tuhan yang tentukan. aku hanya berusaha untuk mendapatkan cinta dari seorang lelaki dan aku sentiasa berharap dia adalah insan yang dipilih Tuhan untukku.

sebenarnya aku rasa sedih…kenapa orang selalu fikir perkara yang negatif tentang dia? ramai orang menentang hubungan kami hanya kerana profesyen yang dimilikinya padahal bagiku dia juga manusia dan dia juga punya perasaan. dia juga layak untuk mencinta dan dicintai. jadi, salahkah aku bersama dengan dia?

namun begitu, tak semua orang menentang hubungan kami. aku masih ada cikgu-cikgu di sekolah yang menyokongku kerana mereka juga telah berkahwin dengan insan seperti dia. sokongan inilah yang menguatkan semangatku untuk meneruskan hubungan ini. aku juga sentiasa kata-kata dari seorang rakan, pertahankanlah hubungan ini jika kamu berdua benar-benar menyayangi antara satu sama lain. jadi, aku bertahan habis-habisan.

tapi, seandainya memang benar kami tidak berjodoh…aku redha. aku dah bersedia dan aku sudah ada rancangan sendiri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s