kejadian semalam memang sangat lucu dan memalukan. itulah kali pertama aku rasa hopeless sampailah ‘dia’ call. ceritanya…

aku ke xafa untuk menempah banner. bila orang kedai tu dah siap reka banner, aku pun tanya pasal harga dan bayaran. tiba-tiba dia cakap kena bayar deposit. aku tersentak. aku mana ada duit masa tu? kepala jadi pening. aku terus call adik – bukannya nak minta pinjamkan duit tapi…nak minta pendapat dia tentang apa yang aku kena buat. dia marah lalu cakap, alah…boyfriend kau kan kerja dekat area satok tu? call la dia, minta tolong. talian terputus sebab kredit habis. aku terpinga seketika. ye tak ye…kan boyfriend aku kerja di satok? dengan sisa kredit yang ada, aku hantar mesej suruh boyfriend aku call. tapi, mesej pending plak. masa tu, aku rasa sedih sangat. sapa lagi la yang dapat tolong aku dalam keadaan tak berduit langsung. aku pun ke wisma satok untuk cari public phone. nak call dia.

dengan langkah yang kelam kabut dan fikiran yang berserabut, aku melangkah laju ke wisma satok. tiba-tiba telefon bimbitku berdering dan nama seseorang muncul. aiks, apasal dia tiba-tiba call plak ni? dia tanya aku dimana dan hendak kemana… aku jawab dengan nada orang kebingungan. isk…dia gelak dan cakap dia ada di singapore chicken rice. dia suruh aku ke depan restoran tu. dengan langkah macho dia keluar dan bertanya padaku apa yang terjadi. lepas dengar aku cerita, dia tersenyum dan keluarkan duit RM50. aku menggelengkan kepala. ‘mengada la awak ni. ambik je la. saya tak ada duit kecik’. lepas tu aku cakap aku akan pulangkan duit tu padanya secepat mungkin.

fuh, leganya lepas bayar duit banner tu. aku berterima kasih sangat pada dia yang datang tepat pada masanya….huhu…terselamat kali ni. aku rasa syukur sangat hari ni. abang plak, lepas selesai semuanya baru dapat dihubungi. tapi, dia tak tahu siapa kawan yang bantu aku. aku tak tahu apa reaksi dia kalau tahu kawan yang bantu aku tu seorang lelaki…jadi, aku takkan beritahu sampai bila-bila.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s