6.11.09

hari ni aku menghadiri bengkel pengurusan e-laporan bimbingan dan kaunseling di ppd padawan. antara yang dibincangkan dalam bengkel ini ialah langkah-langkah untuk menghantar laporan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara online. rupanya, langkah tu mudah je. tapi alangkah baiknya kalau bengkel ni diadakan sebelum e-laporan dihantar minggu lepas. apapun, the past is past. yang penting adalah sekarang… semasa bengkel tadi aku dilantik menjadi administrator e-laporan bagi zon padawan. aduh, belum mula lagi menjalankan tugas sebagai setiausaha kehormat jawatankuasa guru bimbingan dan kaunseling bagi zon padawan, jawatanku ditambah lagi. ‘sebab dia masih muda…’ itulah modal dan alasan mereka melantikku menjawat jawatan-jawatan ini. terus-terang aku bimbang tak dapat menjalankan tugas dengan baik sebab…aku orang baru yang masih kekurangan pengalaman. kemampuanku agak terbatas. hm, risau…

dimalam yang sunyi

dudukku termenung seorang diri

di jendela sepi

hingga dini hari

kumenantikan kepulanganmu

namun kata

hanya sekadar tinggal kata-kata

bagaikan melukut d tepi gantang

begitulah aku di dalam hidupmu

ada tiada tak memberi kesan

hanya aku menanggung kerinduan…

dulu pernah kau katakan sayang

ingin mendengarku berlagu riang

menawar duka laraku

lupakan saja derita yang berlalu

tapi mengapa dirimu kasih

ibarat lalang di tiup angin

kasihmu diracun oleh kata fitnah

penuh hina

hingga kini

kau biarkan saja

diriku menanggung sepi

dengan irama dukaku

yang tak bermakna bagimu

hm, lagu ni tengah bermain di fikiranku sekarang. kata-katanya cukup menyentuh hati. tapi, tak bermakna aku tengah sedih sekarang ni. aku gembira dengan hidupku sekarang. malah bersyukur kerana walaupun kadang-kadang dugaan yang datang terasa amat berat untuk ditanggung, aku masih mampu untuk menyelesaikannya. tahniah untuk diriku sendiri (esok nak claim hadiah dari dia. hahaha)

nak jumpa lagi esok. rindu… sejak semalam lagi dia asyik ingatkan tentang temujanji kami esok. sejak dia balik, tiap-tiap minggu kami jumpa. macam rutin plak. seronok bila dapat jumpa.🙂 dia dah janji takkan bawa kawan sebagai orang ketiga antara kami. isk3…baguslah. sekurang-kurangnya aku tak rasa kekok. walaupun aku dapat ‘masuk’ ngan kawan-kawan dia, tapi…kadang-kadang perlu juga privasi untuk bermanja dengan dia. semoga esok perjumpaan kami berjalan dengan lancar. aku sayangkan dia…tapi dalam hubungan yang masih belum pasti ni, masih perlu ada batasan yang perlu dijaga. sebab aku selalu ingat, bercinta tak semestinya bersatu. dia masih belum pasti menjadi milikku jadi, beringat-ingat dan jangan menaruh harapan terlalu tinggi. macam pesimis je bunyinya tapi…itulah kenyataannya. hakikat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s