hari terakhir

dah lama tak menulis, aku rasa macam kehilangan sesuatu a.k.a medium untuk meluahkan perasaan. sekarang ni, aku tak dapat nak bermesej, online pun tak dapat sebab laptop aku dipakai adik untuk kursus induksi. kalau dulu masa belajar, ada juga teman sebilik dan bestfriend yang sentiasa ada untuk dengar luahan hati aku. sekarang ni, diorang dah ke tempat lain. hanya jumpa masa cuti. itupun, kadang-kadang langsung tak sempat nak jumpa. masing-masing sibuk dengan kerja, keluarga…dan pasangan hidup. sekarang ni, aku cuma luahkan cerita dan perasaan aku kat blog dan kadang-kadang dekat boyfriend. tu pun, ada hadnya. yang selebihnya…aku catatkan dalam diari dan kadang-kadang ada yang tak dapat nak diluahkan tu, aku simpan dalam hati je.

hari ni hari terakhir aku di sekolah. tadi adalah event terakhir sekolah iaitu Hari Anugerah Cemerlang. hari ni aku pakai baju kebaya ngan kain batik lepas. macam biasa, kena puji cantik…hehe. kena plak ngan tugas aku jadi AJK Sijil ngan hadiah hari ni. kena ada kat atas pentas dan berisiko untuk ter ‘interframe’ kat gambar. hahaha…memang sibuk dari awal pagi sehingga tengahari sampai tak sedar kain aku terkoyak kat tepi. entah dekat mana la kain aku tersangkut kat paku ni. isk3…harap2 tak ada yang perasan.

selesai ceramah dari AADK dan kemaskan barang2 di dewan aku rasa lega tapi…bila ingatkan pasal esok, rasa sedih plak. sebab esok aku akan ke serian untuk menyertai kem 1 malaysia. dari jadual yang diberikan, memang aktivitinya nampak seronok. tapi…sedih la jugak sebab orang lain dah cuti, aku plak kena berada di situ. dan…hari jumaat ni, abang balik dari sabah. sepatutnya aku yang kena jemput dia dari airport. pas tu, tak dapat plak nak jumpa hari sabtu dan ahad ni. isk3…demi tugasku, aku akan bersabar.

huhu…tadi sempat plak ingatkan dia. rindu dah dua hari tak berhubung ni. aku takde kredit nak call atau sms dia. dia dah bertolak ke sabah hari isnin yang lepas sebab ada tugas kat sana. mula-mula plan nak jumpa awal pagi, tapi aku terlambat bangun plak. tak sempat sampai kat kem dia sebelum pukul 6. tapi, yang seronoknya aku dapat jumpa dia masa balik dari sekolah. mula-mula tu, cuma nak jumpa sekejap tapi tiba-tiba hari hujan. kuatnya keinginan nak jumpa, kami tak cancel kan perjumpaan tu dan dia cadangkan supaya aku hantar dia ke airport. dengan senang hati, aku pun hantar dia ke airport. jadi, kami ambik masa sepanjang perjalanan tu untuk berbual. macam biasa, dia memang suka sangat tinggalkan pesanan. jangan pandu laju-laju, jangan nakal-nakal, jaga diri baik2, kalau ada apa-apa jangan lupa bagitau…ha, aku ingat semua yang dia pesan.

sedihnye takde duit ni. segan nak pinjam duit ngan mak semata-mata nak topup. banyak lagi benda lain yang perlu diutamakan terutama sekali…minyak kereta…gaji minggu depan baru kuar. tu pun, kena berjimat cermat supaya bulan depan lagi tak ‘sesak’ macam bulan ni…

ok lah, dah tiba masa untuk balik rumah. risau plak mak bapak aku kalau aku balik lambat. maklumlah, tengah takde kredit ni kalau ada apa-apa berlaku, aku tak dapat nak contact sesiapa kecuali kalau diorang call je. lagipun, superman takkan ada setiap hari kan???😉

harap dapat menulis lagi dalam masa terdekat ni. nak tunggu laptop, sampai hari raya haji nanti la baru dapat menulis. sabar…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s