what is in my mind now?

macam2…ada di fikiranku sekarang. bingung. sejak pagi tadi mood aku tak menentu. mungkin sebab mimpi awal subuh tadi. huhu…teruk betul mimpi tu sebab aku nampak depan2 mata, H tengah bercinta dengan perempuan lain. sedih. baru malam tadi berbual panjang dengan dia pasal masa depan kami. kenapa subuh ni mimpikan hubungan yang terputus plak? dahlah…akhirnya aku putuskan semua tu hanya mimpi dan tak perlu difikirkan lagi. kan mimpi hanya mainan tidur semata??

tengahari, entah apa yang aku mimpikan sampai air mataku bergenang. bukan selalu aku menangis dalam mimpi. kali yang terakhir pun, dalam tempoh dua minggu aku break dengan F. hm, tak sepatutnya aku rindukan dia lagi kerana aku dah ada H, dan dia mungkin sudah ada calon isteri yang lain. aduh, sakitnya memendam perasaan macam ni.

apa yang kurasakan ni memang tak wajar. tak mungkin aku mencintai dua orang lelaki sekaligus! masih tak dapat lepaskan perasaanku terhadap F. dan itulah kesakitan yang terpaksa kutanggung sehingga sekarang. aku masih sayang dan rindukan dia! jahatnya aku. huhu…cukuplah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s