sakit hati

sakitnya hati dengar mak berleter dalam keta. menyesal aku bagitau tentang kawan-kawan yang akan nikah sepanjang tempoh cuti ni. aku kelu bila dia cakap pasal aku yang masih tak kahwin2. akhirnya aku jawab, dengan nada bergurau, aku jawab aku nak tunggu Irda kahwin, baru aku kahwin.(Irda tu rakan sebilik aku yang umurnya dah hampir 30 tapi belum kahwin). mak melenting. “kalau irda tak kahwin, kau pun tak kahwin lah.” aku bukannya tak nak kahwin, cuma masih belum bersedia nak memberi komitmen.

lepas tu, mak siap bagi contoh beberapa orang terdekat yang mengalami nasib sebagai ‘andartu’. asyik bertukar2 pasangan hingga akhirnya tak sedar umur dah meningkat.

kemudian mak terus ungkit pasal boyfriend aku yang tak pernah muncul ke rumah. mak cakap, lelaki yang baik…

(1) akan jumpa orang tua, bukannya berani jumpa anaknya je tapi takut kat orang tuanya;

(2) kalau nak jumpa, dia yang akan jemput di rumah. bukan aku yang kena pegi jumpa dia. kalau dah macam tu, maksudnya aku je yang tergila-gila kat dia sedangkan dia tidak.

(3) akan sanggup buat apa saja untuk orang yang dia sayang. dia akan sanggup belanja banyak untuk orang yang dia cinta. bukannya perempuan yang kena belanja dia.

mak cerita juga pasal apa yang mak usu ajar kat anak2 dia. belajar pandai2 sebab kalau dah dapat kerja yang bagus, senang nak pilih jodoh. terjumpa orang yang tak baik, tinggalkan je cari yang lain. amboi, high class betul mak usu aku ni.

isk3…sabar je la. sampai je kat rumah, aku mesej boyfriend aku. aku minta dia jumpa mak dan ayah untuk jelaskan tentang keseriusan kami menjalankan hubungan. tau apa dia balas?

dia :ayang, abang bukannya tak nak nikah cepat2. abang harap ayang fahamlah. oh ya kalau mak dah ada calon yang lain untuk ayang, terimalah. abang sedar siapa abang. biarlah abang pergi jauh.

isk…ini bukan jawapan yang aku nak! kecewa betul ngan jawapan dia. lepas tu aku jawab,

aku :ayang faham. ayang bukannya nak kita nikah cepat2. ayang pun belum bersedia. ayang cuma nak abang jumpa dengan mak dan ayah untuk confirmkan yang kita berkawan serius, bukannya main2.

dia : baiklah. nanti kalau tak ada apa2 abang g jumpa mak ayah.

nampaknya kasih sayang dan cinta dia padaku masih lagi cetek. sanggup berundur sebelum berjuang. rasa tak sedap hati je. adakah aku akan menghadapi ‘saat perpisahan’ sekali lagi? i’m always preparing for the worst!

tapi, yang paling buat aku sakit hati bila mak suruh kahwin cepat2 supaya dia tak susah nak uruskan aku. hish, aku ni menyusahkan sangat ke? kalau ye pun, jangan la suruh aku kahwin cepat2. aku boleh keluar dari rumah dan menyewa rumah lain. tak payah nak ikut suami. sedihnye! (T_T) tak berguna sangat ke aku ni? oklah…kalau tak suka sangat tengok aku ada di rumah ni, aku akan cari rumah sewa secepat mungkin dan keluar dari sini. keputusan muktamad. 

huhu…sampai hati mak cakap macam tu.

baiklah, aku bertekad – bila saat aku melangkah keluar dari rumah nanti, aku takkan susahkan sesiapa pun. buat apa nak tunggu kahwin baru nak keluar dari rumah? i’ll survive myself. aku dah ada kerja sendiri. dah boleh sara hidup sendiri.

panjang pulak cerita malam ni. baru siang tadi aku cakap nak jalani hidup aku dengan gembira macam Rani Mukherjee dalam cerita hindustan tu. aku nak hidup aku penuh dengan kegembiraan biarpun halangan dan cabaran sentiasa menghalangi perjalananku. aku yakin, dalam kesedihan pasti ada sesuatu yang boleh membuatkan aku gembira. alamak, apa words of wisdom yang ada perkataan silver lining tu??? hm, apa-apa je lah…yang penting, aku tabah dan optimis menjalani hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s