bintang di langit

pergi funfair malam tadi. awal-awal, aku suruh ida drive sebab aku malas nak cari parking. aku tau, mesti susah nak parking kalau dah ke tempat yang ramai orang macam tu.

on the way…aku asyik perhatikan langit. bintang-bintang bertaburan di langit. cantik. suasananya sama macam malam pertama kami menjalani Pendidikan Luar di Bekenu tahun lepas. tiba-tiba aku rasa rindukan seseorang. pada malam tu, semua peserta disuruh berbaring di atas jalan raya dan menikmati keindahan langit yang dihiasi bintang-bintang. kerana terlalu asyik dan keletihan, aku akhirnya tertidur. hanya terbangun apabila terdengar siren yang dibunyikan melalui hailer Encik Mxxxx.

Encik Mxxxx meminta kami semua berbaris dalam kumpulan dan mencari harta karun yang telah disembunyikan oleh fasi sebelum kami sampai di tapak perkhemahan tersebut. dengan mata yang masih mengantuk, aku mengikuti rakan-rakan sekumpulan mencari. tiba-tiba P mendekatiku. kami berbual-bual sambil mencari-cari. kedekatan kami ditegur oleh Encik Mxxxx yang sejak awal pengajian menyangka aku dan P mempunyai hubungan istimewa. langkah kami terhenti apabila melihat Myl duduk di satu tempat yang gelap. rupanya dia masuk angin. P memintaku mengurut tengkuk Myl sementara dia membaca doa dan mengusap kepala Myl.

malam itu, aku dan Aien ditugaskan memasak bubur kacang hijau sementara yang lain belajar tentang ikatan tali. sebelum tidur, P berpesan supaya membangunkannya sekiranya ingin buang air. dia mengingatkan kami supaya berhati-hati kerana tempat itu ‘keras’. aku sempat memandang wajahnya yang kerisauan. saat itu aku rasa, aku sangat menyayangi dia sebagai seorang rakan. rasa dilindungi, dan diperhatikan. aku terharu.

malam itu, ribut kuat melanda. khemah kami berterbangan hingga kami terpaksa tidur di bawah khemah utama yang masih kukuh. semua barang basah termasuk selimut. kerana kedinginan, belakangku sakit semula. diam-diam aku menangis menahan kesakitan. mujur christina masih ada sehelai kain batik yang kering. dia menyelimutiku dengan kain itu dan menyuruhku tidur. ketika berpaling, aku terlihat P. dia juga sedang memandang ke arah khemah kami. setelah rasa selamat, aku menutup mukaku dengan tuala kecil lalu tidur…

Pendidikan Luar…pelbagai peristiwa menyentuh hati berlaku. ia adalah kenangan yang tak mungkin kulupakan. semangat setiakawan, cinta, rasa selamat, semuanya dapat kurasakan sepanjang peristiwa itu. walaupun ada di antara kenangan itu melukakan hati, aku berharap ingatan ini tidak akan pernah padam. kerana ia adalah kenangan terindah yang kurasakan dalam seumur hidupku. mungkin satu masa nanti…aku akan ceritakan semula tentang saat-saat indah yang kami lalui itu. bukan sekarang.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s