sad…sad story

masih trauma lepas kejadian hari selasa lepas. aku tak tahu dari mana nak mula mengemas barang-barang yang kukutip lepas dibuang oleh mak. sakit hati setiap kali tengok barang-barang tu sebab ia ingatkan aku kepada kejadian tu. sedih sangat rasanya hinggakan tak tertahan lagi air mata mengenangkannya semula. how i wish i would be stronger to handle this feeling.

hari selasa lepas, aku dan Iza bersetuju untuk mengangkut barang-barang kami sedikit demi sedikit ke rumah sewa. aku rasa sangat gembira kerana kurasa, perpindahan ini akan menghilangkan tekanan yang kuhadapi di rumah. aku berfikir demi kebaikan semua pihak – mak akan senang hati bila aku dah keluar dan dia tak perlu susah-susah mengurus dan meleteri aku lagi. ayah pula, takkan sakit telinga mendengar mak berleter sambil mengaitkan dia dengan aku. dan adik-adik akan mendapatkan keamanan setelah aku keluar dari rumah kerana emak pastinya akan berhenti berleter apabila aku sudah tiada.

hakikatnya…perkara yang kujangkakan ini tidak semudah itu. semasa mengemaskan barang-barang, tiba-tiba dia mencampakkan bungkusan kain-kain bajuku ke atas katil. aku tetap bersabar. aku masukkan semua barang yang dibuangnya ke dalam kereta sehingga keretaku tidak muat untuk mengisi barang-barang itu lagi. air mataku mula mengalir. tidak lama kemudian, dia mencampakkan almari buku dan isi-isinya keluar rumah. aku hilang sabar sambil mengatakan aku akan mengambilnya lagi selepas ini. dia terus mencampakkan barang itu dan mendesakku membawa kesemuanya sekali dan tidak pulang-pulang lagi ke rumah. akhirnya aku terus mengumpulkan barang-barang itu dan memecut keretaku laju meninggalkan rumah. aku memberitahu Iza apa yang berlaku dan kami terus ke rumah sewa. dalam perjalanan, aku menelefon H dan menceritakan apa yang berlaku. dia mengucap panjang dan menasihatiku supaya bersabar. dia minta aku pulang ke rumah namun, aku berdegil. hatiku kecewa melihat reaksi mak yang telah menghalauku. aku tidak akan pulang lagi ke rumah! tekadku.

7.00 lebih, aku membuka telefon bimbitku yang telah kehabisan bateri. ada voicemail masuk dan kedengaran suara bapak seperti orang menangis. aku terus menelefon adikku yang bongsu. dia menyerahkan telefon kepada bapak. bapak menasihatiku supaya balik. dia meminta aku bersabar dengan sikap mak dan cuba memahami keinginannya. akhirnya aku berlembut hati. tidak lama selepas itu, H pula menelefonku. dia juga memintaku balik ke rumah. dia mengingatkanku tentang pentingnya menyayangi seorang ibu. bila dia menangis, aku rasa bersalah kerana tindakanku ini sedikit sebanyak mengingatkannya kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. akhirnya, 8.30 aku mengemaskan semula barang-barang yang telah kukeluarkan dari kereta. mujur Kak P dan Iza faham masalahku. mereka memintaku bersabar dan menunggu sehingga keadaan menjadi reda. hai, sabarlah hati…

hari ni. masih lagi tak bercakap dengan mak. dia pun macam tak mahu lagi bercakap denganku. aku rasa, mungkin lebih baik aku berdiam diri untuk selama-lamanya di hadapannya.untuk mengelakkan sebarang pergaduhan.

masih ada masalah lain yang mengganggu fikiranku sekarang. H minta pinjam wang lagi. aku tak tahu nak pinjamkan atau tidak. sebenarnya aku dah setuju nak pinjamkan dia semalam, tapi tak dapat keluar rumah pula sampai hari ni. still have to think about this. shoud i, or should’nt i lend my money to him? sebenarnya…(huh, ada lagi perkataan sebenarnya. macam terlalu banyak kebenaran yang nak diungkapkan hari ni).

ok. sebenarnya aku sedang memikirkan semasak-masaknya tentang hubunganku dengan H. perlu diteruskan atau tidak memandangkan terlalu banyak pihak yang menentang hubungan kami terutama ibu dan bapaku. hari selasa yang lepas, katanya ingin melepaskanku dan menjadikanku rakan karib tapi, aku berdegil untuk meneruskan hubungan kami sebagai kekasih. aku sangat takut kehilangan dia. namun, bila keadaan agak tenang sedikit aku mula rasa dia mengemukakan cadangan yang baik. mungkin lebih baik kalau kami terus menjadi sahabat memandangkan kami dihalang menjalinkan hubungan cinta. tapi…ah, ada tapi lagi. tapi, aku tak sanggup melepaskan dia. bagiku dia lelaki yang baik. tapi dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang…rasanya macam mustahil untuk kami terus bersama (huhu…mula rasa sedih). katanya dia sangat sayang padaku dan takut kehilanganku. tapi hatiku sekarang berbelah bagi….entah apa yang patut kulakukan sekarang. aku bingung….hanya mampu berharap aku akan lebih tabah untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan mendatang di tahun 2010 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s