Berubah

Mungkin hanya Tuhan

Yang tahu segalanya

Apa yang kuinginkan

Disaat-saat ini

Kau takkan percaya

Kau selalu di hati

Mestikah ku menangis

”Tuk mengatakan yang sesungguhnya…

Kaulah segalanya untukku

Kaulah curahan hati ini

Tak mungkin ku melupakanmu

Tiada lagi yang kuharap hanya kau seorang

Nak menyanyi lagu jiwang je malam ni. Semakin susah rasanya nak ungkapkan apa yang ada di dalam hati aku sekarang. Ku rasa aku semakin sangsi dengan pilihan yang telah kubuat. Tapi, aku takkan menyesalinya kerana ia sudah berlaku. Apapun, tahun 2009 hampir sampai ke penghujungnya. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah berubah! Berubah untuk jadi insan yang lebih matang dalam menjalani hidup.

Tahun depan, umurku akan meningkat lagi. Sepatutnya pada umur tu aku jadi insan yang lebih dewasa dan bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Aku perlu bertindak, berfikir dan bersikap seperti orang dewasa bukannya seperti kanak-kanak atau remaja lagi. Oooh…macam mana agaknya rupaku yang dewasa itu? Adakah aku mampu mengubah penampilanku yang sering dianggap seperti murid sekolah? Ehem…

Eheh, berbalik kepada lagu yang aku ‘nyanyi’ tadi…lagu tu aku suka sangat masa menuntut di matrikulasi. bila aku rindukan sum1…diam2 aku akan nyanyikan lagu tu. untuk meluahkan betapa aku menghargai dan menyayangi dia. tapi…perasaan tu aku simpan je, tak pernah luahkan sampai lah dia dah bertunang dengan orang lain. tak pe lah…dah tak ada jodoh antara aku dan dia.

Aku berjanji, kesilapan ni takkan aku ulangi pada tahun 2010. apa yang dah berlaku sebelum ni, aku nak tutup semua. nak tutup kes dan erase dari memori (kalau lah dapat…). erm, ‘semua’ tu mungkin termasuk kisah cintaku. sekarang, aku tengah mencari kekuatan untuk menyatakan kepadanya tentang keputusan yang telah kubuat. aku dah fikir masak-masak. susah dan akan mengecewakan tapi inilah pengorbanan yang harus kulakukan untuk kebaikan semua pihak. semoga inilah kali terakhir aku mengecewakan hati seorang lelaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s