hari pertama masuk sekolah…lalala…

letih. mungkin sebab tak cukup tidur. entah pukul berapa baru dapat lelapkan mata. agaknya sebab excited sangat nak ke sekolah hari ni. sebab keletihan, aku mengantuk dan boleh plak terlelap sekejap masa driving balik. nasib baik aku tersedar bila perasan orang dari keta depan mengangkat tangan ke arahku, mungkin memberi amaran supaya aku berhati-hati.

sampai di rumah, makan sikit dan turun semula ke pejabat pelajaran daerah, temankan adikku ambil borang permohonan guru sandaran. terjumpa cikgu baru dan guru besar yang juga baru sampai di sana. lepas dari PPD, kami berdua singgah di choice supermall. masa nak ambil bakul, aku berlanggar bahu dengan seseorang. cepat-cepat aku memohon maaf. lelaki itu tersenyum. lepas beli sayur, aku dan ida keluar dari kawasan choice. ida memberitahu tentang lelaki yang asyik memerhatikanku. katanya, lelaki itu asyik mengikut kami ke mana sahaja kami pergi. malah ketika di kaunter, dia juga berbaris membayar di kaunter di sebelahku padahal dia bukannya datang berseorangan. hm…adakah hari ini law of attraction itu berlaku lagi? harap2 lah!

awal tahun ni banyak betul perkataan ‘harap’ yang kutulis. aku punya banyak harapan tahun ni. termasuklah bertemu jodoh dengan insan yang betul. my mr right. not necessarily perfect but is very right for me and who deserved to have me (amboi, speaking la pulak…mentang2 la kena ambil alih kelas BI tahun 2 tadi. hehe)

sebenarnya hari ni kerja tak la banyak sangat. dari pukul 7.50 sampai 9.50 aku kena gantikan cikgu N yang sedang sakit. lepas rehat, buat jadual waktu persendirian. lepas tu aku membantu di pejabat – buat kerja yang mudah je contohnya fotostet dan cetak dokumen yang diperlukan oleh cikgu-cikgu. sekurang-kurangnya, dapatla tolong kawanku ringankan kerja dia sejak tak ada kerani ni. aku pun dapat manfaat – tak sunyi dan ada teman berbual.

esok aku masih gantikan cikgu N. mengajar Tahun 2 dan Tahun 1. dah pesan ngan budak2 supaya bawa buku teks BI esok. erm…rasanya untuk Tahun 1, ajak menyanyi je lah. tapi, lagu apa yang sesuai??? erm…lagu ‘kalau rasa gembira’ ok jugak. bila dah tengahari, mesti budak2 mengantuk. baik nyanyi dan bergerak untuk hilangkan rasa mengantuk tu. ok, dah dapat solution!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s