sad sonata

apa yang aku maksudkan dengan sad sonata ialah nyanyian yang sedih. hatiku sedih sangat sekarang. dua hari lepas, berakhirlah hubunganku dengan H sebagai kekasih. dia abang angkatku sekarang dan panggilannya padaku ialah ‘adik’. malam tu dia call setelah beberapa hari kami berdua langsung tidak berhubung. setelah beberapa lama berbual, kami akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami sebagai kekasih. mulanya aku keberatan, namun aku tidak mahu terus kehilangan dia. aku sangat sayangkan dia. kalau mampu, aku ingin pertahankan hubungan kami agar kami dapat hidup bersama. tapi…terlalu ramai yang menentang terutama ibu bapaku. inilah kenyataan yang menyedihkan bagiku. cinta terhalang. walaupun rasa sangat sedih, aku mengawal perasaanku agar tidak menangis ketika bercakap dengannya. bila selesai, aku terus masuk ke bilik dan melepaskan air mata yang telah lama terbendung di mataku. sejak malam itu, mataku tidak henti-henti mengalirkan air mata. huhu… sekali lagi aku terpaksa menghadapi kesedihan terpisah darinya.

awal pagi ni…aku dah buat kesalahan. langgar lampu merah, lepas tu hampir-hampir terlanggar seseorang. masa berhenti di traffic light tak jauh dari tempat kejadian tu, seorang lelaki bermotosikal membunyikan hon motornya mengarahkan aku menurunkan tingkap. dia memarahiku atas kejadian yang berlaku tadi. aku tidak mampu menjawab apa-apa melainkan hanya menggelengkan kepalaku. katanya, dia akan melaporkan kejadian tadi ke balai polis. aku rasa sangat takut. sampai je di sekolah, aku menelefon Nidzam, rakanku yang bekerja sebagai polis. hm, dia baru bangun tidur rupanya. aku menceritakan kepadanya apa yang berlaku. Nidzam kata, tak ada apa-apa yang akan berlaku padaku kecuali terpaksa membayar saman RM 300 kerana melanggar lampu merah, takkan kena penjara. lega la sikit. lepas tu, call H tapi dia tak angkat. aku pun mulakan kerjaku.

tak lama kemudian, H mesej dan bertanya kenapa aku menelefon. aku ceritakan pada dia apa yang terjadi. tak lama kemudian, dia telefon. hm, teruk jugak kena leter. belum habis berbual, kredit dia habis. aku plak disuruh GB buat kerja. sibuk sehari-hari sampai lupa nak call H balik.

balik…letih. tak buat apa-apa pun. hanya baring dan rehat. pemalas betul! lepas tu, makan. dan…erm, belum sempat makanan dihadamkan aku termuntah. isk, sia-sia je aku makan.

ok lah…cukup cerita untuk hari ni. mengantuk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s