keraguan

pagi tadi H minta aku call dia. dia tanya tentang keadaanku sekarang, dah makan ke belum? kenapa tak keluar? aku jawab, aku ok…belum sarapan dan belum makan apa-apa lagi. aku tak keluar sebab malas nak keluar sorang. dia ketawa. dengan nada bergurau, dia mengusikku, “kalau abang ajak, memang adik nak keluar je kan?” aku jawab, ya. dia suruh aku cari teman baru. hm, semudah tu ke? aku rasa, kali ni memang susah aku nak buka hatiku untuk terima cinta yang baru, dalam masa yang singkat. aku biarkan soalan dia tak berjawab. kemudian dia cakap nak balik ke sarawak hari ni dan sekarang ada di KLIA. aku rasa gembira kerana kemungkinan kami akan jumpa lagi.

dalam pukul 10 lebih, dia minta share kredit RM1. tak lama lepas tu dia call. dia tanya sama ada aku masih sayangkan dia. sudah tentu aku jawab ‘sayang’. dia kata rindu sangat kat aku. dia tak dapat tipu perasaannya. dia sayangkan aku dan takut kehilanganku. itulah yang aku rasakan dalam beberapa hari ni. kesedihan kerana perpisahan. kalau aku tak sayang dia, aku takkan bersedih hingga tumpuanku semasa memandu hilang. aku juga takkan menangis tiap-tiap malam kerana putus dengannya. mataku juga takkan merah kerana menahan tangis. namun, aku tidak dapat membalas kata-katanya. aku tidak mahu terus memberikannya harapan. tak ada apa yang dapat kami lakukan lagi untuk terus bersama. kalau dia betul-betul sayang, pasti dia sanggup tanggung risiko untuk berjumpa dengan ibubapaku dan jelaskan tentang perasaan dan keinginannya untuk bersama denganku. tapi, sehingga ke saat kami putus, dia langsung tidak mengambil sebarang tindakan melainkan menyatakan hasratnya untuk melepaskanku dan ingin menganggapku sebagai kawan dan kemudian menjadi adik angkatnya. aku rasa kecewa. akhirnya, dia sempat ucap ‘i love you’ sebelum talian terputus.

hm…sebenarnya aku mula meragui kejujurannya. katanya tadi, dia di KLIA tapi, masa berbual tadi aku terdengar bunyi pintu diketuk dan ada bunyi televisyen di belakangnya. erm…mungkin perkara remeh tapi…ah, sudahlah! mungkin aku salah sangka. mungkin dia betul-betul di KLIA sekarang ni dan tengah tunggu flight nak balik ke Kuching. apa pun hal yang terjadi di sana, hanya dia dan Tuhan saja yang tahu. kalau pun dia menipu, itu urusan antara dia dan Tuhan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s