kuterima je lah…

erm, tak dapat berhenti nak luahkan apa yang terbuku di hati ni. orang kata, kalau suka pendam-pendam perasaan sendiri…nanti jadi macam batu karang yang boleh sebabkan ginjal rosak (er…ada kaitan ke?)

sebenarnya hari ni aku turun ke sekolah dengan mata yang merah menyala. mungkin effect ‘hujan’ malam tadi. sedihnya bila kakak senior aku cakap F nak kahwin dah. huhu…akibatnya, aku pun ‘menurunkan hujan gerimis yang membasahkan hati dan mataku’ (uhuhuu..ayat jiwang lagi). betul-betul aku rasa kecewa dengar berita ni. salahku sendiri kerana melepaskan intan yang sangat berharga tu. sekarang ni, padan mukaku menyesal sambil berendam air mata.

masa keluar makan dengan GB dan kawan sekerjaku T, T sempat komen tentang diriku. dia tahu aku sedang mengalami kekecewaan kerana putus cinta. katanya, aku tengah putus cinta tapi tak nampak pun macam orang putus cinta. wajah sentiasa ceria, langsung tak nampak rasa sedih. dia kagum dengan sikapku yang pandai memendamkan perasaan. tak ada sesiapapun yang perasan tentang kesedihanku dan kalau pun orang tahu, mungkin mereka takkan percaya aku bersedih kerana aku selalu ketawa.

aku tergelak kecil mendengar komennya. mungkin itulah ‘anugerah’ yang diberikan-Nya padaku supaya orang di sekeliling tidak terpengaruh dengan emosi yang ada dalam diriku. aku pandai memendam perasaan. sedih, tapi…nampak gembira. inilah yang dinamakan ‘topeng’… sekurang-kurangnya orang lain tak rasa sedih bila aku sedang bersedih. macam mana aku mampu buat macam tu ek???

apa pun yang orang cakap…aku terima je lah…🙂

peace no war…hikhik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s