soalan bonus pada petang hujung minggu…

panjang tajuk entry aku hari ni. sebenarnya hari khamis yang lepas, abang angkatku ajak keluar makan hari ni. tapi…semalam dia langsung tak cakap pasal temujanji tu. lupa agaknya dan aku pun tak tahu patut ingatkan dia ke tak pasal hal ni. takpe la..aku pun tak bersedia nak jumpa dia buat masa ni. aku takut cinta lama berputik semula…

kenapa aku rasa macam tu? dia call malam tadi. katanya dia sangat rindu padaku. rasa terseksa dengan kisah cinta kami yang akhirnya mentakdirkan kami menjadi adik beradik angkat sahaja. dia berterus terang tentang perasaannya yang tidak dapat melupakanku dan masih lagi mengharap kami akan tetap bersama sebagai pasangan kekasih. aku sedih mendengar kata-katanya. kerana aku juga, masih rasa sedih atas perpisahan ini. masih ada sedikit rasa cinta di hatiku yang tertinggal untuknya. namun kurasa, ia pasti akan menghilang seiring waktu kerana aku pasti, kami tidak mungkin akan bersama KECUALI…dia mengambil langkah berani untuk menemui ibubapaku dan mempertahankan hubungan kami.

akibat daripada perbualan itu, aku termimpi-mimpikan dia. kami bercuti bersama di satu tempat. dan percutian itu terasa sangat indah bagiku lebih-lebih lagi bila sentiasa berada di sisinya. bangun dari tidur, aku rasa sayu. andainya apa yang berlaku dalam mimpi itu dapat direalisasikan…aku mula rasa sedih. Why must this thing happen to me? i’m hopeless and as usual, air mataku mengalir tanpa paksaan. akhirnya aku memutuskan untuk tidak bertemunya hari ni.

Memang indah rasanya bila kita dapat bersama dengan orang yang tercinta. Tapi amat payah untuk menerima hakikat apabila yang dicinta itu sukar untuk dimiliki.

petang, bapa tiba-tiba bertanya satu soalan yang tidak pernah kujangka. Bapa : T sudah ada pasangan hidup ke? (Tumpuanku pada novel yang sedang kubaca teralih seketika.) perlahan kujawab

Aku : tak ada

Bapa : apa lagi yang ditunggu? tak elok lama-lama membujang. kalau tak ada, biarlah bapa carikan. (aku hanya mendiamkan diri. gusar. gelisah. dan tak berdaya.) tiba-tiba adikku menyampuk.

Adik : bapak carikan kakak ustaz. (aku menjeling adik yang menjenguk dari bilik tidur)

Bapak : Bagus juga daripada memilih orang yang kita tak tahu latar belakangnya.

Adik : Bapak dah ada calon ke? (Aku membiarkan mereka berdua terus berbual, berpura-pura khusyuk membaca novel sedangkan telingaku menangkap setiap butir kata yang keluar dari bibir mereka.)

Bapak : Kalau T nak, bapak boleh carikan. (Fikiranku menerawang memikirkan D yang berura-ura ingin melamarku beberapa hari lepas. Aku tidak bersedia untuk menceritakan tentang lelaki itu kepada bapa. Mungkin aku perlu membincangkan dulu tentang hal ini dengan D sebelum memberikan keputusan kepada bapak.)

Akhirnya kami masing-masing mendiamkan diri. Terus terang aku masih jauh hati untuk membincangkan hal pernikahan buat masa sekarang. kurasa hatiku masih lagi belum ‘sembuh’ dan tidak tenang untuk membuat keputusan menikah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s