kesedaran…

dah dua hari tak ke sekolah. demam. kalau ikutkan hati, aku nak ke sekolah. sekurang-kurangnya ada kerja yang boleh aku buat. tapi, risau juga kalau keadaan aku ni menyusahkan orang lain. mana tau ada orang tak tahan dengar bunyi batuk. dan aku risau kalau anak-anak murid aku terkena jangkitan pula. tau-tau je la budak-budak tu tak boleh nampak aku. kalau dah nampak, memang diorang akan datang padaku. macam ahli sihir pula.

beberapa hari dalam keadaan sakit. sebenarnya, aku nak salahkan diri sendiri kerana cuai menjaga kesihatan. terlalu ikutkan perasaan sampai memaksa diri. inilah akibatnya…demam dan batuk-batuk. kerja terbengkalai. padan muka!

aku mula sedar, harus sayangi diri sendiri. kemudian, barulah sayang orang lain. selama ni terbalik prinsip yang kupegang. terlebih sayangkan orang, sampai abaikan diri sendiri. aku sedar, sayangkan diri tak bermaksud pentingkan diri. hanya memberikan kasih sayang untuk diri sendiri. itulah yang paling utama.

jadi, mulai hari ni…mesti sayang diri sendiri. jaga diri dengan baik. tak mahu paksa-paksa diri dengan teruk lagi. cukuplah apa yang dah berlaku sebelum ni. jadikan pengajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s